Kredit foto: Instagram Elizabeth Tan & Instagrtam Zul Ariffin
Ketika gosip perhubungannya dengan aktres, Elizabeth Tan, terus hangat diperkatakan, Zul Ariffin memberitahu dia barangkali terpaksa berjumpa pakar kiropraktik yang memfokuskan kepada masalah berkaitan sakit belakang dan sendi selepas mendukung penyanyi Knock Knock itu.
Dalam gurauan yang dimuatnaik di InstaStory itu, bintang Tombiruo ini berkata, dia bakal mengaturkan temujanji dengan kiropraktik dua kali seminggu selepas menjayakan adegan dukung di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila.
"Terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung awak, temu janji saya dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet kan?," tulisnya di entri InstaStory berkenaan.
Kredit foto: Instagram Elizabeth Tan
Difahamkan, pelakon sasa ini mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai ucapan selamat tinggal kepada Elizabeth yang terlebih dahulu menamatkan bahagian penggambarannya.
Sebelum ini, video yang memaparkan adegan Zul mendukung Elizabeth menjadi bualan di media sosial, hingga ada yang menggesa mereka bergelar pasangan kekasih memandangkan masing-masing sudah memegang status solo.
Begitupun, dalam masa sama, segelintir pihak menghentam Zul kerana menganggap aksinya itu kurang sopan.
Dalam perkembangan berkaitan, menerusi mesej sama, Zul turut meluahkan hasrat untuk kembali bergandingan dengan Elizabeth dalam projek lain.
Pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama rantaian Titian Cinta bersama bintang baharu, Farah Nabila, itu, dalam nada jenaka, menggesa Elizabeth mengambilnya sebagai model muzik videonya nanti.
"Muzik video baru kalau tak panggil saya, siap!" tulisnya.