Seorang bapa, ayah, daddy, papa, abah atau apa jua panggilannya selalu berasa 'dipinggirkan' apabila seorang bayi baru hadir dalam keluarga. Segala aktiviti pengurusan bayi biasanya dilakukan oleh seorang ibu. Malah, ia bukanlah sesuatu yang pelik bagi seorang bapa untuk menunggu sehingga anaknya lebih besar untuk mereka bermain bersama.
Namun tahun-tahun permulaan ini adalah waktu yang kritikal untuk sosial, emosi, mental dan perkembangan fizikal. Kajian demi kajian yang dilakukan menunjukkan seorang bapa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan anak mereka. Jadi bagaimana seorang bapa boleh lebih melibatkan diri dengan anak mereka yang masih kecil?
BESARKAN TEKS A- A+
Suapkan makanan kepada mereka
Tidak kira anak anda baru sahaja lahir araupun sedah bersekolah rendah, mengambil bahagian dalam penjagaan dan pengurusan mereka akan mewujudkan suatu ikatan. Contohnya bapa boleh menyusukan anak menggunakan botol.
Cari tempat yang selesa, dukung bayi anda, dan nikmati proses penyusuan tersebut. Bayi anda akan belajar mempercayai anda untuk sebarang keperluan asasnya dan anda akan merasai pengalaman yang indah. Jangan lupa untuk bercakap dengan mereka sambil memeluk mereka.
Belajar memahami 'mood' mereka
Setiap kanak-kanak mempunyai mood dan sikap yang semulajadi. Setiap mood didahului oleh satu atau dua tanda yang menunjukkan apa yang mereka sedang rasakan. Sebagai contoh, seorang anak kecil akan mula mencakar atau menggaru muka apabila mereka mula berasa letih.
Dengan mempelajari isyarat ini, anda sudah boleh menjangka sebarang tingkah laku mereka. Ini akan membolehkan anda untuk menyediakan apa yang diperlukan oleh anak anda sebelum mereka tahu mereka memerlukannya. Ia juga membantu anda untuk menghargai anak anda pada satu tahap yang baru.
Luangkan masa 'santai' bersama mereka.
Jika bapa gemar bermain, kanak-kanak pula tidak sentiasa berminat dengan aktiviti berat. Belajar juga cara untuk bermain aktiviti yang lebih ringan dan santai. Baca buku cerita kepada mereka. Susun blok dan bercakap tentang warna, bentuk dan bunyi binatang. Tonton filem bersama. Keluar berjalan-jalan melihat serangga, unggas, burung dan tumbuh-tumbuhan.
Dengan meluangkan masa yang santai bersama anak-anak, tanpa kehadiran si ibu, boleh membantu anda berasa lebih dekat dengan si kecil anda.
Libatkan diri dalam penjagaan mereka
Kanak-kanak perlukan rambut mereka digosok. Mereka perlu dimandikan dan dipakaikan pakaian. Jelas, mereka perlukan penjagaan sepenuhnya pada setiap masa. Salah satu cara terbaik untuk sentiasa berdamping dengan si kecil anda dan untuk berasa lebih dekat dengan mereka adalah dengan melibatkan diri dalam penjagaan seharian mereka. Tawarkan diri untuk memandikan mereka dan juga menidurkan mereka.
Ambil bahagian dalam rutin harian mereka dan menjadi seorang penjaga yang aktif. Jika anda tidak pasti apa yang patut dilakukan, tanya pasangan anda. Bagaimanapun, jangan biarkan mereka tahu dengan jelas bagaimana sesuatu perlu dilakukan. Apa yang menarik tentang ikatan seorang anak dengan seorang bapa adalah kadang-kadang seorang bapa melakukan sesuatu perkara dengan cara yang berbeza.
Dengan kedua-dua ibu bapa megambil bahagian dalam penjagaan mereka, ia adalah suatu pengalaman yang bagus untuk anak-anak.
Tunjukkan bahawa anda mengambil berat terhadap mereka
Akhir sekali, di saat anak anda sudah memasuki alam persekolahan, mainkan peranan yang besar dalam membuat keputusan dan dalam pembelajaran mereka. Pastikan anda berjumpa dengan guru-guru mereka.
Pergi ke acara-acara yang dianjurkan di sekolah dan tunjukkan kepada anak anda bahawa anda mengambil berat dalam apa jua aspek dalam kehidupan mereka. Anda adalah individu yang penting dalam proses pembangunan anak-anak anda, jadi ambil inisiatif dan libatkan diri anda sebaik mungkin!
Tonton video ini selepas anda tamat pembacaan
Rujukan: Child Development