Oleh pada 11 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Sajat & Instagram Aliff Syukri

Biarpun video lirik lagu Abang Nak Tegur mendapat banyak 'dislike' di laman Youtube, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat tetap tekad menghasilkan sebuah muzik video berkos tinggi yang menjalani penggambaran di Sepanyol dan Turki serta diarahkan sutradara terkemuka, Yusry Abdul Halim.

Bagaimanapun 'drama' berterusan apabila satu situasi tegang berlaku ketika penggambaran, yang mana Aliff membuatkan Sajat berasa terhina dan malu di hadapan kru produksi kerana memakinya tidak pandai menari.

Babak sensasi itu terakam dalam sebuah video yang menjadi tular.

Pun begitu, rata-rata netizen menganggap ia hanyalah gimik untuk meraih publisiti.

Malah ramai menyedari sifat Aliff sebagai seorang yang bijak memanipulasikan emosi para pengikutnya untuk mencapai tujuan tertentu dalam melariskan bisnes.

aliff syukri maki sajat 2

Kredit foto: Beautifulnara

Dalam pada itu, Aliff dan Sajat menerusi laman Instaram masing-masing meluahkan rasa sedih dan sudah tidak sabar untuk kembali ke Malaysia dipercayai kerana konflik yang timbul.

Sumber berita: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)