Kredit foto: Instagram Khai Bahar
Aksi penyanyi Khai Bahar memegang mikrofon secara terbalik sewaktu memulakan nyanyian di rancangan hiburan MeleTOP Selasa lalu, mengundang rasa malu kepada penyanyi tersebut.
Mengulas 'insiden' melucukan itu, Khai menjelaskan dia sebenarnya sedang teruja membawakan lagu ciptaannya, Luluh di hadapan peminat yang hadir di studio.
"Assalamualaikum... Khai minta maaf sangat mic terbalik, saya terlalu teruja kerana ramai penyokong di depan. Saya ingin melambai-lambai sehingga tak perasan mikrofon tersebut terbalik," luah Khai, 23, menerusi kiriman laman sosial Instagram.
Babak mencuit hati itu menjadi tular di laman sosial, juga hangat diperkatakan netizen.
Dalam kejadian berkenaan, hos Nabil Ahmad merangkul Khai dalam pelukan ketika penyanyi itu tidak dapat menahan malu.
"Terima kasih abang Nabil Ahmad kerana menyelamatkan saya semalam," katanya.
Khai diundang ke studio MeleTOP bersama dua lagi rakan artis, Haqiem Rusly dan Wany Hasrita.
Menerusi laman Youtube, video itu kini berada di kedudukan pertama carta trending Malaysia dengan melebihi 600,000 jumlah tontonan!
Sumber berita: MstarĀ