Kredit foto: Instagram Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah kagum dengan sikap merendah diri yang ditonjolkan oleh bintang muda semakin meningkat naik, Khai Bahar.

Sarah juga melahirkan rasa bangga atas pencapaian Khai melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32).

“Orang yang sangat merendah diri, hormat orang, bersuara emas. Saya betul-betul berbangga dengan awak, dik,” tulis Sarah menerusi laman Instagramnya.

Di kesempatan sama, naib juara Gegar Vaganza musim ketiga ini mendoakan kejayaan Khai dalam karier dan persaingan AJL 32 kelak.

“Semoga terus berjaya dan begitu juga dalam Anugerah Juara Lagu @khaibahar94,” katanya lagi.

Selain Khai menerusi Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar), lagu lain yang layak ke AJL 32 ialah Separuh Mati Ku dinyanyikan Dayang Nurfaizah (ciptaan Ajai sepenuhnya), Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Tidak ketinggalan, Syamel tercalon dalam dua buah lagu, Aku Cinta (ciptaan sepenuhnya Syamel) duet bersama Ernie Zakri dan Lebih Sempurna (Syamel/Edry Abdul Halim & Boy Anaz).

Selain Syamel, dua lagi artis naungan Rocketfuel yang tersenarai ialah Ara Jahari (Warkah Untukmu ciptaan Hang Nadim/Laq) dan Hazama (Aku Yang Sebenar ciptaan M.Nasir/Ad Samad).

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)