Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida & pinterest.com

Benarlah apa yang dikatakan chef selebriti popular, Chef Wan dalam kenyataannya baru-baru ini - wanita yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) ini mempunyai cita-cita yang begitu tinggi sekali.

Selepas video lagunya "I Am Me" menjadi tular, kini Vida dikhabarkan bakal menjalinkan kerjasama dengan jenama antarabangsa terkemuka, Louis Vuitton (LV).

Dikatakan DSV akan muncul dengan koleksi beg mewah bersama (LV) yang bakal dipasarkan dengan harga dari RM8,000 ke RM13,000.

Edisi terhad beg rekaan DSV dan LV itu bakal menggunakan jenama 'DSV LV'.

Andai apa yang dirancangkan ini menjadi kenyataan, DSV akan menjadi wanita pertama Asia Tenggara yang berkolaborasi bersama LV - setanding dengan nama-nama personaliti besar yang mendapat penghargaan untuk bergandingan dengan jenama gergasi tersebut. Ucapan tahniah kami dahulukan!




Hakcipta iluminasi.com (2017)