Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
Pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tampil mengulas dakwaan kononnya dia menggunakan bantuan 'pelaris' untuk menjual produk syarikatnya.
“Mereka ingat aku ni 24 jam gelenya-gelenya (terkinja-kinja), duduk rumah, hantar kiriman-kiriman di media sosial, lepas tu dapat duit banyak,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Hakikatnya netizen tidak menyedari pahit jerih yang dilalui Aliff dalam usaha membina nama empayar perniagaannya sejak 10 tahun lalu.
“Saya pun tak tahu bila isu ini mula keluar. Perangai saya yang loklaq-loklaq (gila-gila) macam ni pakai pelaris?
“Padahal, orang tak tahu di belakang nama Aliff Syukri. Orang hanya lihat saya mempunyai karakter gedik, sedangkan saya seorang yang kuat dan tabah.
“Mereka tak tahu kisah di sebalik tabir Aliff Syukri dan macam mana susahnya nak cari duit,” katanya.
Sebelum ini, Aliff menerusi Instagram berkongsi paparan skrin mesej seorang peminat yang berkata dirinya dinasihati seorang ustaz agar tidak memakai produk keluaran D'Herbs.
Ini kerana kononnya Aliff menggunakan 'pelaris' untuk meningkatkan jualan.
“Sebenarnya, saya tak tahu yang masyarakat di negara ini masih percaya dengan benda khurafat.
“Saya bukanlah alim ulama tapi jangan ambil kesempatan dan bagi saya semua ini nonsense.
“Saya pakai pelaris? Aku pun tak tau apa yang aku lariskan diri aku ni?,” katanya berang.
Dalam pada itu, Aliff tidak mempunyai perancangan untuk mengheret individu yang cuba memburukkan namanya itu.
“Saya tak nak glamour kan orang dan saya juga tak mahu sebut nama ustaz itu atau sebagainya," katanya.
Sebaliknya, penjelasan Aliff itu hanya sekadar ingin masyarakat sedar bahawa dirinya bukanlah seorang yang buta agama hingga sanggup berbuat sedemikian.
“Saya tak pakai pelaris dan apa yang saya cuba sampaikan, saya masih ada agama dan tahu akan hukum agama,” tegasnya lagi.
Sumber berita: Sinar Harian