Oleh pada 22 May 2018 kategori

Sumber foto: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa nilai hutang negara telah mencecah RM1 trilion semasa berucap di sebuah majlis bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Putrajaya, pagi semalam.

Menurutnya, angka tersebut memaksa langkah-langkah pemulihan dan penyelesaian dilaksanakan dengan segera dan menyeluruh.

Sehubungan itu, umpan kewangan negara didapati telah dicabul dengan begitu besar sehingga kerajaan kini menghadapi masalah penyelesaian hutang dengan jumlah yang banyak.

tun mahathir buat pendedahan mengejutkan ini jumlah sebenar hutang negara 1

Sumber foto: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

Tambahnya, hutang negara tidak pernah melebihi RM300 bilion sewaktu pentadbiran beliau dahulu.

Namun, Tun Dr Mahathir yakin bahawa masalah itu dapat diatasi secara berhemah berdasarkan pengalaman negara berdepan krisis matawang pada awal tahun 1990-an dan prinsip pentadbiran demokrasi yang dipegang.

Jelasnya, kerjasama para anggota pentadbir diperlukan untuk mengembalikan nama baik negara yang pernah begitu disanjungi.

Menurut Laporan Suku Tahun Pertama 2018 yang dikeluarkan oleh Bank Negara, jumlah hutang kerajaan setakat 31 Disember 2017 ialah sebanyak RM686.8 bilion.

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Instagram Dr Mahathir Mohamad

3. Facebook BNBBC

4. Facebook Malaysiakini

5. Facebook Mykmu.net

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)