Menurut ahli toksikologi terkenal Paracelsus, dos sesuatu bahan itu adalah perkara yang menjadikan sesuatu itu racun.
Dalam erti kata lain, setiap bahan kimia boleh dianggap sebagai racun jika anda mengambilnya dalam jumlah yang mencukupi.
Sesetengah bahan kimia, seperti air dan besi, perlu dalam kehidupan tetapi menjadi toksik dalam jumlah yang cukup banyak.
BESARKAN TEKS A- A+
Juga terdapat bahan kimia yang sangat berbahaya sehingga dianggap sebagai racun walaupun dalam dos sedikit.
Banyak racun mempunyai kegunaan terapeutik, tetapi beberapa telah memperoleh status "kegemaran" oleh sesetengah pihak untuk melakukan pembunuhan dan bunuh diri.
iluminasi.com kongsikan 5 racun paling terkenal untuk membunuh manusia.
1. Belladonna atau Deadly Nightshade
Belladonna (Atropa belladona) mendapat namanya dari perkataan Itali iaitu "bella donna" yang bermaksud "wanita cantik" kerana tumbuhan itu adalah kosmetik yang popular di Zaman Pertengahan.
Jus buah beri daripada tumbuhan ini boleh digunakan sebagai pemerah pipi.
Ekstrak cecair dari tumbuhan ini di air digunakan untuk dititiskan ke dalam mata bagi membuatkan anak mata wanita menjadi lebih besar, membuat seorang wanita kelihatan tertarik kepada pasangannya.
Dan satu lagi nama untuk tumbuhan itu adalah "deadly nightshade", kerana sebab yang munasabah.
Tumbuhan ini tinggi dalam bahan kimia toksik solanine, hyoscine (scopalamine), dan atropin. Jus dari tumbuhan atau buahnya digunakan untuk dicelupkan anak panah dengan racun.
Makan sehelai daun atau makan 10 buah berry dari tumbuhan ini boleh menyebabkan kematian, walaupun terdapat laporan tentang seorang yang makan kira-kira 25 buah beri dan masih hidup.
Menurut legenda, jeneral Scoatland, Macbeth menggunakan tumbuhan ini untuk meracuni orang Denmark yang menyerang Scotland pada tahun 1040.
Terdapat bukti bahawa pembunuh bersiri Locusta mungkin menggunakan tumbuhan ini untuk membunuh maharaja Romawi iaitu Claudius, di bawah kontrak dengan Agrippina the Younger.
2. Hemlock
Racun hemlock (Conium maculatum) adalah tumbuhan berbunga tinggi dengan akar menyerupai lobak merah.
Semua bahagian tumbuhan kaya dengan alkaloid toksik, yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kematian akibat kegagalan pernafasan.
Di penghujung, mangsa keracunan hemlock tidak dapat bergerak, namun tetap sedar tentang persekitarannya.
Kes yang paling terkenal keracunan hemlock adalah kematian ahli falsafah Yunani, Socrates.
Dia didapati bersalah di atas kesalahan kepercayaan atau pendapat yang bertentangan dengan ajaran agama, lalu dihukum untuk meminum hemlock, dengan tangannya sendiri.
Menurut Plata "Phaedo," Socrates meminum racun, berjalan sedikit, kemudian melihat kakinya terasa berat.
Dia kemudiannya baring dan melaporkan kekurangan rasa sensasi dan rasa sejuk bergerak ke atas dari kakinya.
Akhirnya, racun itu mencapai hatinya dan membunuh Socrates.
3. Strychnine
Racun strychnine berasal dari benih tumbuhan Strychnos nux vomica. Ahli kimia yang pertama yang mengasingkan toksin itu juga memperoleh "kuinina" dari sumber yang sama, yang digunakan untuk mengubati malaria.
Seperti alkaloid dalam hemlock dan belladonna, strychnine menyebabkan kelumpuhan yang membunuh melalui kegagalan pernafasan. Tiada penawar untuk racun itu.
Satu laporan sejarah yang terkenal tentang keracunan strychnine adalah kes Dr. Thomas Neil Cream. Bermula pada tahun 1878, Thomas membunuh sekurang-kurangnya 7 wanita dan seorang lelaki, yang merupakan pesakitnya.
Selepas menjalani penjara 10 tahun di penjara Amerika, Thomas kembali ke London, di mana dia meracuni lebih ramai orang. Dia akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1892.
Strychnine menjadi ramuan aktif yang biasa dalam racun tikus, tetapi kerana tidak ada penawar, ia telah digantikan oleh toksin yang lebih selamat.
Ini telah menjadi sebahagian daripada usaha berterusan untuk melindungi kanak-kanak dan binatang peliharaan daripada keracunan yang tidak disengajakan.
Dos rendah strychnine boleh didapati dalam dadah jalanan, di mana kompaun ini bertindak sebagai halusinogen bagi membuat pengguna mengalami halusinasi ringan.
Bentuk kompaun yang sangat cair bertindak sebagai penambah prestasi untuk atlet.
4. Arsenik
Arsenik adalah unsur metaloid yang membunuh dengan menghalang pengeluaran enzim. Ia didapati secara semula jadi di seluruh alam sekitar, termasuk makanan.
Ia juga digunakan dalam produk biasa tertentu, termasuk racun perosak dan kayu yang dirawat secara tekanan.
Arsenik dan sebatiannya adalah racun yang popular pada Zaman Pertengahan kerana ia mudah diperoleh dan gejala keracunan arsenik seperti cirit-birit, kekeliruan, munta sangat menyerupai kolera.
Ini menjadikan pembunuhan mudah untuk disyaki, namun sukar untuk dibuktikan.
Keluarga Borgia dikenali menggunakan arsenik untuk membunuh saingan dan musuh. Lucrezia Borgia, khususnya, terkenal sebagai tukang racun yang mahir.
Individu terkenal yang telah meninggal dunia akibat keracunan arsenik termasuklah Napoleon Bonaparte, George III dari England, dan Simon Bolivar.
Arsenik bukanlah senjata pembunuhan pilihan yang baik dalam masyarakat moden kerana ia mudah untuk dikesan pada hari ini.
5. Polonium
Seperti arsenik, polonium adalah unsur kimia. Dan tidak seperti arsenik, ia sangat radioaktif.
Sekiranya dihirup atau ditelan walaupun dalam dos yang rendah, ia boleh membunuh.
Dianggarkan 1 gram polonium yang meruap dapat membunuh lebih sejuta orang.
Racun ini tidak membunuh dengan serta-merta. Sebaliknya, mangsa mengalami sakit kepala, cirit-birit, kehilangan rambut dan gejala keracunan radiasi lain.
Dengan tiada ubat untuk racun ini, kematian akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.
Kes yang paling terkenal dalam keracunan polonium adalah penggunaan polonium-210 untuk membunuh pengintip, Alexander Litvinenko, yang meminum bahan radioaktif dalam secawan teh hijau.
Alexander mengambil masa 3 minggu untuk mati.
Juga dipercayai bahawa Irene Curie, anak perempuan ahli fizik terkenal Perancais, Madame Marie, mungkin meninggal akibat kanser yang berkembang setelah botol polonium pecah di makmalnya.