Menghadiri temuduga sememangnya boleh buat kita rasa kecut perut walaupun dah biasa pergi banyak kali. Tapi bagi adik-adik yang baru menamatkan pengajian, ramai yang masih tak berapa tahu cara-cara betul menghadiri dan mengendalikan diri dengan betul semasa temuduga. Berikut kami kongsikan sedikit tips untuk anda:
Sebelum hari temuduga
1) Buat kajian, sediakan semua maklumat dan praktis!
BESARKAN TEKS A- A+
Setelah mendapat panggilan untuk temuduga, buat kajian berkenaan syarikat itu dan cari maklumat latarbelakang perniagaan mereka. Cuba ingat beberapa fakta dan latih diri anda untuk menjawab sebarang soalan yang mungkin ditanya.
2) Rancang perjalanan ke tempat temuduga
Kenalpasti kawasan tempat temuduga dan rancang tempoh perjalanan anda ke sana untuk mengelakkan anda sesat. Buat anggaran masa tambahan sekiranya terdapat kemalangan atau trafik sesak. Seelok-eloknya anda tiba 10-15 minit lebih awal SEBELUM waktu temuduga bermula.
3) Sediakan segala dokumen, portfolio dan bawa dua batang pen
Siapkan semua dokumen dalam salinan asal dan juga salinan fotokopi. Sekiranya anda ada fail portfolio, bawa sekali semasa temuduga. Sediakan dua batang pen. Andai kata satu batang pen tiba-tiba kehabisan dakwat, sekurang-kurangnya anda selamat dan tak perlu meminjam semasa nak isi borang.
Relakslah
Kalau anda rasa nervous sangat dan jantung dup dap dup dap, cuba tenangkan fikiran. Tarik nafas dalam-dalam dan lapangkan minda. Selain itu, anda boleh juga cuba gerakan yoga ini untuk menenangkan diri:
Semasa temuduga
1) Beri salam dan hormati ahli panel
Ketuk pintu sebelum masuk dan duduk hanya apabila disuruh. Berikan salam, greet selamat pagi/tengah hari atau jabat tangan panel penemuduga sekiranya dihulurkan tangan.
2) Eye contact
Pastikan anda memandang tepat ke mata dan wajah penemuduga apabila menjawab soalan. Sekiranya anda berasa terlalu gugup dan tak mampu bertentang mata, anda boleh cuba satutrick dengan memandang batang hidung atau kening mereka.
Jika ada dua atau tiga orang penemuduga, pastikan anda menjawab sambil bertukar-tukar eye contact pada setiap penemuduga. Selang-selikan pandangan kerana ini boleh menunjukkan anda seorang yang sangat berkeyakinan tinggi!
3) Tanya soalan yang bernas
Soalan seperti "Boleh tuan ceritakan sedikit tentang tugas atau projek yang bakal saya libatkan diri nanti?" atau "Adakah syarikat menyediakan peluang latihan dan kursus untuk memperbaiki kemahiran pekerja?" akan bagi andaextra brownie pointsdi hadapan senarai calon lain.
Tanyalah soalan yang memberikan hint atau gambaran bahawa anda memang berminat untuk bekerja di situ.
4) Ambil masa seketika untuk menjawab setiap soalan
Elakkan tergopoh-gopoh sampai memotong cakap penemuduga. Tunggu sehingga soalan habis ditanya, tarik nafas dan jawab dengan penuh keyakinan. Fikir perkataan dan frasa sesuai yang perlu digunakan dan elakkan menggunakan bahasa pasar atau bahasa dak wicet.
Tona suara yang digunakan juga perlu dalam nada yang rendah dan formal, jangan cakap dengan suara nyaring.
Cuba fokus kembali sekiranya terganggu
Selalunya bila anda dah selesai jawab satu soalan, otak anda secara automatik akan terkenang-kenang kembali jawapan anda. Mesti terfikir "betul ke aku jawab tadi. Eh, aku patut jawab camnilah" sampai fikiran terganggu dan kadang-kadang terlepas soalan seterusnya.
Sekiranya ini terjadi, mohon maaf pada penemuduga dan minta mereka ulang semula soalan. Kemudian teruskan fokus sehingga temuduga selesai. Janganlah naik lemak minta mereka ulang soalan banyak-banyak kali. Nanti mereka ingat anda ada masalah pendengaran atau kuat mengelamun pula.
Selepas temuduga
1) Ucap terima kasih
Sebelum keluar dari bilik temuduga, ucapkan terima kasih atas masa yang mereka luangkan kepada anda dan salam tangan sekiranya perlu.
2) Cuba lupakan temuduga
Selepas habis sesi temuduga, jangan asyik memikirkan tentang apa yang berlaku. Cuba relaks dan tenangkan fikiran kerana paras adrenalin dan kortisol dalam badan anda sememangnya menjadi tinggi ketika ditemuduga. Lepas dah tenang tu ulang banyak-banyak kali, "kalau ada rezeki, adalah." Nak lebih afdal, buatlah solat hajat.
3) Hantar email follow-up
Yang ini sebenarnya terpulang kepada anda. Ada sesetengah majikan suka dapat email macam ni, ada yang tak suka. Jika anda rasa ada isi penting yang unik dan menarik semasa temuduga, silakan berbuat demikian dan serlahkanlah poin itu dalam email anda. Email follow-up ni selalunya dihantar dalam masa 24 jam selepas ditemuduga.
JANGAN lakukan perkara berikut semasa temuduga
Jangan hantar email dan resume dalam bahasa SMS atau bahasa dak wicet. Gunakan ejaan penuh, konstruk ayat yang betul dengan tatabahasa yang betul.
Jangan bawa rombongan keluarga satu kampung ke tempat temuduga. Anda dah besar panjang, pandai-pandailah pergi sendiri. Tak perlu memeriahkan pejabat kerana itu bukan tempat yang sesuai. Sekiranya keluarga yang menghantar anda, minta mereka tunggu di mana-mana atau di luar pejabat. Jangan bawa mereka ke bilik menunggu atau bilik temuduga.
Jangan kunyah chewing gum atau makan gula-gula. Kalau rasa mulut anda berbau, makan gula-gula sebelum ditemuduga dan buang terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik temuduga.
Jangan pakai baju ketat, seksi, sendat macam nak pergi clubbing. Ini contoh etika pemakaian yang betul semasa menghadiri temuduga di Malaysia:
Jangan buat lawak kasar, lawak spastik atau lawak bodoh.
Jangan beri komen negatif atau memburuk-burukkan pekerjaan, rakan sepasukan atau tempat kerja lama anda.
Jangan merokok sebelum ditemuduga untuk mengelakkan baju dan mulut anda berbau asap.
Jangan tunjuk yang anda terlalu desperate nak kerja di situ dengan mengatakan anda tak kisah dapat jawatan apa-apa pun.
Jangan menipu. Orang yang bekerja dalam bidang Sumber Manusia (HR) ni selalunya tahu membaca gerak-geri dan bahasa tubuh. Daripada kantoi dan mendapat malu, elakkanlah bercakap bohong. Biarlah resume anda tak gempak mana pun asalkan anda jujur dengan diri sendiri. Jangan letak anda berkelulusan PhD kalau tak pernah ada ya!
Jangan cerita hal peribadi atau masalah keluarga melainkan ditanya oleh penemuduga atau kisah anda ada bersangkut paut dengan kerja.
Jangan lupa matikan ataupun tukar telefon ke silent mode. Sekiranya terlupa dan tiba-tiba telefon berbunyi semasa temuduga, JANGAN jawab call itu. Segera matikan dan minta maaf pada panel penemuduga.
Jangan duduk sambil menggoyang-goyangkan kaki, berpeluk tubuh atau meletup-letupkan tulang jemari. Duduk dengan postur badan yang tegak, kaki rapat dan tangan di atas paha. Sentiasa peka dengan gerakan tubuh anda. Sekiranya terbuat apa-apa aksi yang memang tabiat harian anda, hentikan segera.
Jangan tanya hal berkenaan gaji, bonus, faedah syarikat dan cuti melainkan penemuduga yang sentuh bab ini dulu.
Jangan minta ayah, ibu, pakcik atau nenek anda untuk membuat panggilan follow-up bagi pihak anda. Yang nak bekerja di situ ialah anda, bukan ahli keluarga anda.
Jangan tanya "ada kerja kosong lain tak?" bagi pihak keluarga, kawan, boyfriend atau girlfriend anda. Kalau mereka nak apply kerja di situ, suruh buat sendiri dan bukan melalui anda. Anda pun belum tentu dapat kerja lagi. hehe.
Jangan sesuka hati menggelarkan pegawai Sumber Manusia atau bakal majikan anda dengan panggilan "bro", "kak" atau "dik" sebaliknya gunalah panggilan formal iaitu tuan, puan, encik atau cik.
Okay, lepas ni anda dah boleh pergi temuduga dengan penuh keyakinan. Tapi jangan sampai overconfident ye!