Artikel ini ditulis oleh saudari Zuryati Isa di laman facebook miliknya dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran untuk ulang siar penulisannya di laman blog ini. Semoga bermanfaat kepada semua.
SOALAN 1
Bakal majikan : Kenapa saudara berhenti daripada tempat kerja lama?
Bakal pekerja : Kerana saya mahu mencari tempat kerja yang lebih baik dan boleh menghormati saya sebagai Muslim.
BESARKAN TEKS A- A+
Bakal majikan : Ke bos dan tempat kerja lama awak ada masalah atau awak ada masalah dengan mereka?
Bakal pekerja : Dekat mana-mana pun ada cabaran, Tuan. Dan setiap satu cabaran tu memberikan pengalaman dan pelajaran baru untuk saya. InsyaAllah.
Bakal majikan : Betullah tu... Ada masalah. Masalah apa? Company mereka dah nak bankrap ke? Atau bos awak tu tak pandai manage company?
Bakal pekerja : Semuanya baik-baik saja, Tuan. Saya cuma mahu mencari yang lebih baik untuk saya.
Bakal majikan : Habis, bos dan company lama awak tu tak cukup baik?
Bakal pekerja : Bukan macam tu. (Diulang) Saya cuma mahu mencari yang lebih baik.
Thumbs up.
SOALAN 2
Bakal majikan : Kenapa saudara berhenti daripada tempat kerja lama?
Bakal pekerja : Ada masalah sikit.
Bakal majikan : Masalah apa?
Bakal pekerja : Tempat kerja saya tu tak ok. Kerja banyak, gaji sikit. Bonus pun tak bagi. Bosnya pun tak ok, tapi jarang ada di ofis. Dengar-dengar macam dah nak bankrap. Ramai pekerja yang dah berhenti dan nak berhenti juga. Kewangan diorang teruk.
Bakal majikan : Wow! teruk sangat ke?
Bakal pekerja : Teruk... EPF tak bayar. Gaji bayar suku saja. Claim jangan haraplah nak dapat. Hutang bank dah berjuta-juta. Stok tak laku. Dah berapa banyak dah dapat surat mahkamah. Hari tu siap Along datang mengamuk dekat ofis tuntut hutang. Hee... takut saya nak kerja situ lagi.
Bakal majikan : Ee... Teruknya...
Bakal pekerja : Memang teruk. Staf-staf atasan dia pun teruk. Kaki bodek. Bos pula asyik suruh buat sales saja. Habis semua orang disuruhnya buat sales. Tak pandai manage pula tu. Semua orang kena dengar cakap dia. Suruh buat rancangan, tapi semua rancangan kena reject. Lepas tu asyik bertukar arahan. Dalam meeting marah-marah. Siapa yang bodek dia, dia sukalah. Siapa yang tak bodek, memang nasiblah.
Bakal majikan : Hmm... Macam tu rupanya. Saya kenal ex-bos awak tu. Saya berkawan baik dengan dia. Lama dah. Nantilah, saya maklumkan pada dia aduan awak ni. Dia kena ubah sikap-sikap tu.
Bakal pekerja : Eh! Err... Tuan berkawan baik dengan dia?
Bakal majikan : Ya. Sejak zaman tadika lagi.
Bakal pekerja : Err... Tapi ex-bos saya tu ada baiknya juga. Banyak juga yang saya belajar daripada dia. Err...
Teettttt!
SOALAN 3
Bakal majikan : Kenapa saudara berhenti daripada tempat kerja lama?
Bakal pekerja : Saya memang suka mencari pengalaman di banyak tempat kerja.
Bakal majikan : Maksudnya?
Bakal pekerja : Biasanya saya akan bekerja selama maksimum 2 tahun sahaja di satu-satu tempat. Kemudian saya akan berhenti dan mencari pengalaman baru.
Bakal majikan : Kenapa? Ada apa-apa rancangan peribadi yang khusus? Atau ada apa-apa tujuan khusus?
Bakal pekerja : Tak ada. Saya memang suka belajar dan sukakan cabaran baru. Bila saya rasa dah mahir dan tak ada apa-apa lagi yang mengujakan saya di situ, saya akan cari kerja di tempat lain pula.
Bakal majikan : Berapa lama nak belajar dan cari pengalaman ni?
Bakal pekerja : Belum tahu lagi. Mungkin sehingga saya rasa penat dan puas.
Bakal majikan : Selagi tak penat dan puas?
Bakal pekerja : Selagi itu saya akan terus mencari.
Bakal majikan : Jadi awak rancang nak kerja dua tahun saja di sini?
Bakal pekerja : Err... Bukan macam tu. Err...
Teettttt!
Dik,
1. Bakal majikan sengaja bertanya soalan mendesak
Kadang-kadang bakal majikan kita sengaja tanya soalan-soalan mendesak sampai anda tak tahu nak jawab atau sampai kita 'ter'cerita 'kisah sebenar' kita berhenti kerja. Bertahan. Jangan sampai terkeluar rasa geram kita. Pertahankan integriti kita sebagai pekerja walaupun sudah tak bekerja di situ lagi.
Apabila diasak soalan provokasi macam tu, fikirkan segala perkara baik tentang tempat kerja lama dan ex-bos kita. Kalau tak ada, fikirkan nama baik kita sendiri dan fikirkan dosa pahala kita. Biarlah kita sampai berpeluh kerana diasak begitu. Dan biarlah hati kita geram ditanya bertalu-talu begitu.
Bakal majikan awak bukan nak tahu sangat masalah company lama dan ex-bos awak. Dia dan company dia pun ada banyak lagi masalah dan cabaran yang nak difikirkan. Kalau setakat nak merisik company orang, dia boleh hantar spy atau tanya kawan-kawan lain dalam industri.
Mereka cuma nak tengok adakah awak seorang yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan menjaga rahsia dan cerita-cerita syarikat.
2. Jangan kutuk tempat kerja lama atau bos lama
Walau teruk macam mana sekalipun mereka, jangan cerita. Bakal majikan awak tu memanglah dengar saja cerita awak dan nampak macam berminat saja 'bergosip' dengan awak.
Hakikatnya dalam hati, mereka mungkin sudah membuat keputusan untuk tidak menerima awak kerana mungkin akan mendapat nasib yang sama juga.
'Ya Allah... Kaw kaw dikutuknya bos dia dulu. Tak pasal-pasal aku tahu semua cerita company lama dia. Bahaya ni... Reject.'
Hati-hati. Entah-entah bakal majikan awak dan bos lama awak tu berkawan baik.
3. Jangan terlalu jujur sewaktu temuduga kali pertama
Ada baik dan buruknya sikap begini. Simpan sikit apa-apa rancangan masa hadapan awak. Awak boleh kongsikan sikit demi sedikit kemudian nanti dalam sesi-sesi lain. Memanglah semua orang suka dengan orang yang jujur. Pilih-pilih tempat dan keadaan. Sebaliknya, terlalu jujur boleh membuatkan orang lain 'menjatuhkan hukuman' tanpa awak sempat membuat apa-apa penjelasan.
'Apa? Memang suka lompat kerja? Macam tak selamat saja nak ambil dia ni.'