Ramai orang mencari panduan dan tip berguna untuk menghadapi temuduga. Ada calon yang mencari laman web yang menyenaraikan contoh-contoh soalan temuduga untuk mempersiapkan mereka agar lebih bersedia apabila diajukan soalan. Ada yang bertanya dengan rakan-rakan yang lebih berpengalaman.

Boleh kata hampir kesemua orang berasa sedikit tertekan sebelum menghadiri temuduga kerana tidak boleh menjangka apa yang bakal terjadi di dalam bilik temuduga.

BESARKAN TEKS     A-  A+

soalan pelik temuduga kerja 2

Dengan persaingan yang amat sengit kerana terlalu ramai calon yang memohon, ada sesetengah majikan suka bertanyakan soalan-soalan 'cepumas' ketika sesi temuduga dijalankan untuk mendapatkan calon yang paling kreatif dan tahu berfikir di luar kotak.

Soalan killer pelik-pelik semasa temuduga kerja 

Laman web Glassdoor telah mengeluarkan senarai 10 soalan ganjil pernah ditanya oleh bakal majikan. Harap tidak ada calon yang tergeliat lidah semasa menjawab soalan-soalan begini:

10. Soalan dari penemuduga syarikat Uniqlo

Jika anda mempunyai 2,000 dolar, bagaimana anda akan gandakan wang itu dalam masa 24 jam?

9. Soalan killer dari penemuduga Delta Air Lines

Berapa bijikah bola keranjang yang boleh dimuatkan di dalam bilik ini?

8. Soalan dari penemuduga Boston Consulting Group

Jika anda adalah sebuah jenama, apa moto anda?

7. Soalan kebiasaan dari syarikat Trader Joe's

Apa yang anda akan buat jika anda menjumpai seekor penguin di dalam peti ais anda?

6. Soalan interview dari syarikat HubSpot

Jika saya berikan 40,000 dolar kepada anda untuk memulakan perniagaan, apa yang anda akan buat?

5. Soalan dari penemu duga J.W. Business Acquisitions

Bagaimana anda akan menjual minuman koko panas di Florida?

Nota: Florida merupakan salah sebuah bandar beriklim panas sepanjang tahun di Amerika.

4. Soalan dari syarikat Urban Outfitters

Apakah judul album debut anda?

3. Soalan dari syarikat Dropbox

Jika anda merupakan CEO, apakah 3 perkara pertama yang anda akan semak mengenai perniagaan sejurus selepas bangun tidur?

2. Soalan dari Whole Foods Market

Adakah anda lebih rela bertarung dengan seekor itik yang bersaiz seperti seekor kuda ataupun 100 ekor kuda yang bersaiz seperti itik?

1. Soalan rumit dari penemuduga syarikat SpaceX

Apabila seketul hot dog mengembang, arah manakah yang akan terbelah dan mengapa?

soalan pelik temuduga kerja

Sepanjang hidup berkerjaya penulis, soalan paling pelik secara peribadi yang pernah ditanya adalah semasa sesi temuduga oleh sebuah syarikat IT di Singapura. Panel penemuduga bertanyakan apakah cara terbaik untuk membuat sandwic mentega kacang dan jeli. Hampir terkedu seketika kerana ia benar-benar tidak dijangka.

Soalan manakah yang anda rasa paling susah untuk dijawab? Jika anda diajukan soalan yang sama, bagaimanakah anda akan jawab?




Hakcipta iluminasi.com (2017)