Ketika zaman kanak-kanak, pasti ramai antara kita yang berangan-angan untuk berada di sebuah pulau yang dipenuhi dengan harta karun dan juga buah-buahan tropika. Walaubagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mudah jika terdapat hospital yang ditinggalkan, terumbu karang yang misteri, dan juga haiwan liar yang tidak 'ramah' di pulau tersebut. Contohnya, jika seseorang itu berhadapan dengan 5 ekor ular dalam jarak beberapa meter sahaja dalam satu masa.
Berikut adalah senarai 13 buah pulau yang sangat pelik dan dipenuhi dengan misteri. Anda akan mendapati betapa uniknya penduduk-penduduk dari pulau-pulau yang berlainan.
BESARKAN TEKS A- A+
13. Palmyra Atoll
Pulau ini terletak di arah selatan Pulau Hawaii dan merupakan milik Amerika Syarikat. Kata orang, "Tempat ini sangat takjub dengan jin/syaitan." Bagi beberapa negara, pulau ini sangat menakutkan kerana kehadiran banyak bangkai kapal di persisiran pantainya. Salah satu peristiwa yang berlaku telah menimbulkan gosip tentang khazanah tersembunyi yang telah disumpah oleh roh pelayar yang telah mati.
Selain bangkai kapal, tempat ini juga terkenal dengan kapal yang hilang. Pada 1855, dilaporkan sebuah kapal telah bertembung dengan terumbu karang, namun apabila penyelamat tiba di sana, mereka tidak dapat menemui kapal itu dan juga anak kapalnya.
Ketika Perang Dunia Kedua, pulau ini digunakan sebagai kubu pertahanan. Askar-askar yang bertugas disitu dikatakan mengalami serangan panik tanpa diketahui puncanya, dengan ada di antara mereka yang membunuh diri.
12. Snake Island
Di pulau yang menarik berdekatan Brazil ini, terdapat begitu banyak ular yang hidup di sana termasuk beberapa spesis burung yang jarang dilihat. Spesis ular yang ada di sana telah diklasifikasikan sebagai antara yang paling beracun di dunia; jika terkena hanya satu gigitan, tisu-tisu dalam badan akan segera melumpuh. Malah lawatan ke lokasi ini juga sangat jarang berlaku, kecuali ekspedisi dari Nat Geo untuk tujuan pendidikan dan rakaman pernah dilakukan.
Walaubagaimanapun, ada juga beberapa orang yang pernah menjadi mangsa di pulau ini. Seorang nelayan yang tidak tahu tentang bahaya yang ada telah berlabuh di pantai. Apabila kehadirannya disedari, ia berakhir dengan tubuh badannya berlumuran darah, dipenuhi dengan kesan gigitan ular. Ada juga satu keluarga yang membuat keputusan untuk berpindah ke pulau ini tanpa mengetahui risiko yang bakal dihadapi. Berdasarkan khabar angin, mereka bergegas keluar dari rumah setelah ular memenuhi segenap sudut, merangkak melalui tingkap. Selepas itu, berdasarkan laporan, mereka dijumpai di dalam pulau dengan tubuh yang bercerai-berai.
11. "The land of no return" Island
Nama pulau ini dalam bahasa Kazakhstan ialah Barsa-Kelmes, yang bermaksud "the land of no return" - namanya sahaja sudah menggerunkan dan berasal dari lagenda purba yang mengisahkan tentang pelarian yang menetap lebih kurang setahun di pulau ini tetapi kembali ke tempat asal mereka selepas beberapa abad. Dan ada beberapa kumpulan manusia yang hilang di sana - rakyat Khazakhstan menganggap kehilangan mereka adalah disebabkan oleh 'cicak terbang' dari zaman pra-sejarah.
Pulau ini dibuka secara rasmi pada pertengahan abad ke-19. Pada abad ke-20, wilayah itu dipenuhi dengan rumah pemburu. Bagaimanapun, pulau ini diisytiharkan sebagai rizab tidak lama selepas itu, dan menjadi lokasi paling 'tertutup' di USSR.
Setelah Laut Aral menjadi cetek, pulau ini dengan rasminya menjadi sempadan semulajadi.
10. Miyake-Jima Island
Sesorang itu hanya boleh menetap di sini dengan topeng pelindung gas sentiasa di tangan untuk digunakan dengan segera jika diperlukan. Terdapat gunung berapi yang aktif di Miyake-Jima. Bagaimanapun, yang paling merbahaya bukanlah letupan gunung berapi itu, tetapi gas beracun yang keluar dari perut bumi. Pada 1962, selepas satu letupan yang sangat kuat, semua penduduk telah dipindahkan, tetapi mereka kembali ke tanah air mereka pada tahun 2000. Pada hari ini, terdapat lebih kurang 2415 orang hidup di pulau ini.
9. Poveglia Island
Kisah tentang pulau di Venice ini adalah menakjubkan dari cara orang menceritakannya. Ketika penularan Wabak Hitam(Black Plague), pulau ini merupakan tempat perlindungan terakhir untuk kira-kira 160,000 pesakit, dengan 50% tanahnya adalah abu daripada mayat-mayat yang dibakar.
Pada 1920-an, kerajaan Itali membuka hospital untuk pesakit mental di pulau ini. Pesakit sentiasa membuat aduan bahawa mereka mengalami sakit kepala dan pulau ini dipenuhi dengan roh orang yang telah mati dalam keadaan yang tragik. Tambahan lagi, doktor pakar kepala dikatakan telah menjalankan eksperimen yang mengerikan terhadap penyakit itu. Ia kekal menjadi misteri, kenapa beliau membunuh diri dengan melompat dari menara loceng pulau tersebut. Selepas itu, hospital itu ditutup.
Pada hari ini, pulau ini tidak berpenghuni, tetapi terdapat banyak gambar bilik di hospital yang ditinggalkan dan juga menara loceng itu di Internet.
8. Island Of The Dolls
Ia adalah pulau yang agak terkenal di kalangan penggemar sesuatu yang unik. Pengembara solo, Julián Santana Barrera tinggal di pulau ini. Menurut lagenda, ada seorang gadis telah lemas berdekatan pantai, dan sejak itu beliau mula mencari banyak anak patung rosak yang terapung berdekatan. Julián memakaikan pakaian dan menggantung patung-patung itu di atas pokok sebagai tanda hormat, melindungi dirinya daripada jin/syaitan, dan cuba untuk menenangkan roh gadis tersebut.
Beliau telah mengumpul patung-patung yang menakutkan ini selama 50 tahun sehinggalah beliau sendiri yang mati lemas. Beliau dijumpai di tempat yang sama dimana beliau menjumpai tubuh gadis tersebut beberapa abad sebelum itu.
7. Bouvet Island
Pulau ini mungkin adalah yang paling terpencil di muka bumi. Tiada daratan dalam jarak 3,146,000 batu di sekelilingnya.
Walaupun begitu, terdapat satu cerita yang menarik berkaitan pulau ini. Ia dibuka pada 1739 dan telah diabaikan selama hampir 60 tahun. Selepas tempoh ini, satu ekspedisi diadakan di pulau ini dan mereka menjumpai sesuatu yang aneh: ada bangkai sebuah kapal yang terdampar di perairan pantai. Tiada kerosakan yang serius dan tiada nama atau tanda pengenalan lain yang terdapat di dalam kapal. Sudah tentu, kapal tersebut dianggap telah mengalami kemalangan, tetapi tidak ada mayat dan tidak ada tempat perlindungan dikesan berhampiran dengannya.
Selain itu, 2 letupan nuklear dilakukan di pulau ini pada 1979 yang menyaksikan tiada negara yang tampil bertanggungjawab.
6. Henderson Island
Pada hari ini, pulau ini hanya terkenal dengan jumlah sampah sarap yang banyak berhampiran persisiran pantainya. Bagaimanapun, ia mempunyai banyak sisi yang menarik dan juga misteri.
Salah satu misteri terbesar tentang pulau ini adalah sebuah gua yang memiliki mata air dimana tulang kerangka manusia dijumpai. Di batu-batuan di sekelilingnya juga terdapat barang-barang lain yang aneh seperti alatan yang diperbuat dari batu. Tiada siapa yang tahu dari mana asal orang-orang ini dan apakah budaya mereka. Berdasarkan data arkeologi, pulau ini didiami di antara abad ke-12 hingga abad ke-15.
Mengenai fakta bahawa terdapat hanya sedikit air tawar di pulau ini dan juga tulang kerangka yang disusun dengan rapi di dalam gua tersebut menjadikan misteri ini semakin aneh.
5. North Brother Island
Di penghujung abad ke-19, sebuah hospital yang pakar dalam mengubati penyakit cacar, dan mengkuarantin pesakit penyakit itu telah dibuka. Pada 1904, kapal bernama "General Slocum" mengalami kemalangan dan terdampar berhampiran pantai pulau North Brother. Beribu-ribu orang mati dalam kejadian ini.
40 tahun kemudian, sebuah lagi hospital pemulihan dadah telah dibuka di pulau ini. Ia sangat terkenal dengan korupsi dan individu-individu yang kejam. Tambahan lagi, bilangan pesakit yang mula menggunakan dadah secara drastik meningkat setelah masuk ke hospital ini, yang menjadi punca ia ditutup pada 1963.
Berdasarkan maklumat yang ada, pulau ini telah diabaikan, hospital tersebut telah dimusnahkan, dan kawasan sekelilingnya telah dinaiki dan dipenuhi dengan hutan.
4. Por-Bazhyn Island
Por-Bazyhn (bermaksud "rumah tanah liat" dalam bahasa Tuvan) ialah binaan monumen bersejarah di sebuah pulau kecil di tengah-tengah tasik Tere-Khol di Republik Tuva.
Kisah yang paling terkenal pada hari ini adalah binaan tersebut merupakan tempat kediaman untuk beristirehat ketika musim panas.
Selain itu, hasil kajian mendapati tasik di sekeliling pulau ini 'hilang' beberapa kali disebabkan oleh mata air bawah tanah yang tersekat. Kemungkinan besar kubu ini dibina ketika peristiwa seperti ini berlaku, dan jalan atau laluan di dasar tasik tersebut menjadi bukti kepada teori ini.
Namun, masih tiada bukti yang kukuh tentang kerosakan binaan ini dan tiada fakta sejarah yang tepat untuk mengatakan siapa yang pernah mendiaminya.
3. Roanoke Island
Pulau ini terkenal dengan kejadian sekumpulan kolonis yang hilang dan gagal dikesan. Pada 1587, John White, ketua kepada satu komuniti yang kecil telah meninggalkan lebih dari 100 orang lelaki dan wanita di pulau ini dan pergi ke England untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan. Bagaimanapun, ketika itu berlaku perang di England dan beliau hanya kembali ke sana selepas 3 tahun.
Sebelum beliau ke England, kumpulan kolonis tersebut berjanji untuk meninggalkan tanda di lokasi yang boleh dilihat jika mereka membuat keputusan untuk meninggalkan pulau tersebut. Ketika beliau kembali, John White menjumpai perkataan "CROATOAN" diukir pada jaring pagar di sekeliling kampung, dan huruf-huruf C-R-O diukir pada pokok yang berdekatan dan merupakan singkatan kepada perkataan tersebut. Croatoan ialah nama kepada kaum India di kawasan kejirananan di sana, tetapi kumpulan kolonis ini bukan dari kaum tersebut. Tambahan lagi, Croatoan juga merupakan nama kepada tuhan kaum India yang bermaksud "pencabut nyawa." Kemungkinan yang terjadi adalah kumpulan kolonis ini telah menjadi korban kepada ritual tersebut.
Peristiwa ini telah dijadikan plot dalam beberapa karya sastera, dan terdapat teori yang mengatakan "Croatoan" adalah sejenis virus yang tidak dapat diubati.
2. Gozo Island, Malta
Salah satu perkara yang paling misteri di dunia adalah binaan purba di Malta. Kuil-kuil, kubur dan binaan lain yang ada adalah 1000 tahun lebih tua dari piramid di Mesir. Binaan ini seolah-olah memiliki fungsi yang pelbagai dan unik. Walaupun dengan kecanggihan teknologi di abad ke-21, adalah sesuatu yang sukar untuk menggerakkan batu besar seberat beberapa tan. Persoalan siapa yang membinanya dan mengapa peradaban yang mendiaminya meninggalkan tempat ini juga masih tiada jawapan yang jelas.
Selain itu, seluruh pulau dipenuhi dengan jalan/laluan yang besar yang menyerupai landasan atau jalan raya, tetapi tiada roda kayu atau apa sahaja yang berkaitan dengannya dijumpai di sana.
1. Battleship Island, Japan
Dikenali secara rasmi sebagai Pulau Hashima, ia terletak 9 batu dari Nagasaki. pada hari ini, pulau ini telah diabaikan, tetapi terdapat beberapa bangunan konkrit dan dikelilingi oleh dinding pelindung di sana.
Pada awalnya pulau ini terkenal dengan lombong arang batu dasar laut yang dijalankan ketika tempoh perindustrian di Jepun. Arang batu dijumpai di sini pada 1810, dan pada 1890 pulau ini dibeli oleh Mitsubishi Goshi Kaisa dan memulakan pembinaan. Blok pangsapuri, sekolah, tadika, hospital, dewan, rumah kelab, pawagam, kolam renang dan banyak lagi kemudahan lain telah dibina untuk penduduk pulau tersebut.
Tetapi bermula dari 1930-an hingga akhir Perang Dunia Kedua, banduan China dan orang awam Korea telah dipaksa bekerja di sini dalam keadaan yang sangat teruk. Ramai orang telah dilaporkan mati disebabkan kemalangan di bawah tanah, kepenatan, dan kekurangan nutrisi sepanjang tempoh tersebut. pada 1974, apabila petroleum mula mengambil alih peranan arang batu, lombong tersebut telah ditutup dan semua penduduk dikerah meninggalkan pulau ini.
Pulau ini telah ditutup kepada orang ramai untuk satu tempoh yang lama, dan jika mereka melanggar peraturan ini akan mengakibatkan pengusiran dari Jepun. Kini pulau ini adalah tapak Warisan Dunia UNESCO dan dibuka untuk pelawat dari seluruh dunia.
Rujukan: giggag.com
Rujukan gambar: flickr, wikipedia