Oleh pada 14 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa

    

Pengacara, pelakon dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor bakal kembali mengemudikan program hiburan kegemaran ramai, Meletop.

Pengurus Saluran Astro Ria, Astro Citra dan Tayangan Hebat, Emarina Kamal, berkata, kehadiran, Neelofa, 31, sebagai hos adalah bersempena dengan sambutan malam raya, bertujuan untuk mengubati kerinduan pengikut setia program itu.

“Mengapa kami bawakan Neelofa untuk program MeleTOP malam raya adalah bagi ‘meringankan’ kerinduan para penonton terhadap penampilannya di set berkenaan.

“Malah ketika Nabil berseorangan di studio atas situasi semasa yang berlaku kini, dia tiada peneman dan kali ini kita hadirkan teman asal Nabil, istimewa untuk malam itu nanti,” katanya di sidang media secara virtual yang berlangsung pada Rabu.

Sementara itu, pasangan pengacara juga pelawak popular, Nabil Ahmad, meluahkan keterujaannya untuk digandingkan semula dengan usahawan tudung berkenaan.

    

Baca: Biodata Pengacara Dan Usahawan Neelofa

Baca: Biodata Pengacara Nabil Ahmad

    

meletop raya 2020

Kredit foto: Instagram Meletop

   

“Terbaik. Bila ada ‘bunga’ di sisi rasa seronoklah sikit. Misalnya ketika bersama Sherry baru-baru ini, meriah jadinya.

“Idea (Neelofa kembali ke set MeleTOP) pun terjadi bila kami buat ‘live’ sebelum bersiaran secara langsung.

“Kami ada bersembang dan ada penonton yang bertanyakan mengenai penampilan Neelofa sempena edisi raya. Bagi saya lengkaplah MeleTOP raya. Terima kasih Astro,” katanya.

Terdahulu, Disember tahun lalu menjadi bulan terakhir Neelofa memegang peranan sebagai hos rancangan bual bicara infotainment tersebut.

    

Sumber berita: “Kita Hadirkan Teman Asal Nabil,” – Akhirnya Neelofa Kembali Ke MeleTOP, Lihat Apa Respon Nabil Ahmad

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)