Oleh pada 21 Feb 2018 kategori

edison vs humphry davy

Mentol adalah salah satu ciptaan yang memberikan impak yang sangat besar dalam hidup kita. Ia memudahkan kehidupan seharian dan tanpanya mungkin kita masih menggunakan lampu minyak tanah.

Di sekolah kita diajar bahawa mentol merupakan ciptaan Thomas Alva Edison. Namun, itu bukanlah cerita sebenar mengenai penciptaan mentol.

mentol lampu ciptaan thomas edison

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, Thomas bukanlah orang yang pertama, dan bukan satu-satunya yang cuba untuk mencipta mentol pijar. Menurut ahli sejarah, terdapat lebih daripada 20 pencipta mentol pijar sebelum terhasilnya mentol versi Thomas.

Akan tetapi Thomas sering diberikan kredit kerana mentol ciptaannya mendahului yang lain disebabkan kombinasi 3 faktor, iaitu :

  1. Penciptaan mentol disebabkan bahan pijar yang berkesan
  2. Vakum yang lebih tinggi yang mampu dicapai berbanding yang lain
  3. Rintangan yang tinggi membuatkan pengaliran kuasa dari pusat lebih efisyen

Sejarah awal penciptaan mentol lampu

sir humphry davy pencipta lampu pertama

Pencipta pertama yang cuba mencipta mentol sebenarnya adalah Humphry Davy, pada tahun 1802. Beliau pada mulanya melakukan eksperimen terhadap arus elektrik dan mencipta bateri elektrik.

Dan Humphry mendapati karbon yang disambungkan kepada baterinya, menjadi bernyala. Ciptaan tersebut dikenali sebagai lampu Arka Elektrik. Namun ciptaan tersebut tidak bertahan lama dan terlalu cerah untuk penggunaan biasa.

lampu pertama ciptaan sir humphry davy

Dalam jangka masa 70 tahun selepas itu, ramai pencipta yang cuba untuk mencipta mentol lampu namun tiada rekaan yang sesuai untuk penggunaan komersial.

Pada tahun 1840, saintis British, ciptaan Warren de la Rue yang berkonsepkan titik cair yang tinggi membolehkan mentol tersebut beroperasi pada suhu yang tinggi.

Walaupun rekacipta ini efisyen namun kos platinum yang digunakan membuatkan ia tidak praktikal bagi pengeluaran komersial.

Ahli fizik Joseph Wilson Swan juga mencipta mentol lampu pada 1850, dan menghasilkan prototaip pada tahun 1860. Namun, disebabkan kekurangan vakum dan bekalan elektrik menyebabkan mentol tersebut tidak efektif sebagai penghasil cahaya.

henry woodward dan mathew evans

Dan akhirnya pada 24 Julai 1874, Henry Woodward dan Mathew Evans telah mempatenkan ciptaan mereka di Kanada. 

Mereka mencipta lampu dalam saiz dan bentuk yang berbeza menggunakan rod karbon. Henry dan Mathew cuba untuk mengkomersialkan lampu mereka namun gagal. Akhirnya pada 1879, paten milik mereka dijual kepada Thomas Alva Edison.

Thomas Alva Edison dan mentol lampu yang "pertama"

thomas alva edison dan mentol versinya

Thomas Alva Edison mula melakukan kajian yang mendalam dalam menghasilkan mentol lampu yang lebih praktikal pada tahun 1878. Paten yang pertama dilakukan oleh Thomas adalah pada 14 Oktober 1878 iaitu "Improvement In Electric Lights".

Beliau kemudiannya meneruskan ujian terhadap beberapa bahan untuk logam filamen bagi memperbaiki ciptaan awalnya.

mentol lampu yang dipatenkan thomas edison

Tanggal 4 November 1879, Thomas sekali lagi mempatenkan ciptaan lampu elektrik. Walaupun paten tersebut menjelaskan beberapa cara menghasilkan filamen karbon.

Namun, selepas beberapa bulan selepas paten itu diberikan kepada Thomas, barulah beliau dan pasukannya menemukan filamen buluh berkarbon yang mampu bertahan sehingga 1,200 jam.

Penemuan itu menandakan permulaan kepada penghasilan mentol lampu komersial. Pada tahun 1880, Edison Electric Light Company, milik Thomas Alva Edison, mula memasarkan produk baru mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)