Orang Barat sememangnya terkenal dengan sukan dan gaya hidup yang pelik suatu ketika dahulu. Antara sukan paling pelik yang pernah wujud suatu ketika dahulu adalah sukan menarik kepala angsa sehingga putus. Kedengaran pelik bukan?

Daripada namanya sahaja kita sudah tahu ianya adalah sukan yang tidak berperikemanuisaan dan berbentuk penganiayaan terhadap binatang. Sukan ini suatu ketika dahulu dimainkan di sesetengah tempat di Belanda, Belgium, England dan Amerika. Sukan ini popular pada abad ke 17 hingga 19.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Konsep permainan

angsa

Konsep permainannya sangat mudah. Seekor angsa akan diikat kakinya dan digantung dalam keadaan terbalik. Peserta yang menunggang kuda pula akan menerpa kearah angsa tersebut dan cuba menarik kepalanya sehingga putus.

Mana-mana peserta yang berjaya menarik sehingga putus angsa tersebut akan dikira sebagai pemenang. Walaupun nampak mudah, ianya adalah sukar memandangkan peserta perlu menunggang kuda yang berlari dalam keadaan yang sangat laju.

Bagi menambahkan kesukaran permainan ini, leher angsa tersebut juga akan disapu dengan minyak, seterusnya menjadikannya lebih licin dan sukar ditarik. Penggunaan minyak dan pergerakan angsa itu sendiri akan menjadikan sukan ini lebih mencabar kepada setiap peserta.

sukan tarik kepala angsa diharamkan 909

Selain itu, kebiasaannya seorang pengacau akan diletakkan berhampiran dengan angsa ini dengan memegang tali belati untuk menakut-nakutkan kuda yang ditunggang oleh para peserta. Jadi, cabaran bukan hanya kepada peserta tetapi juga kepada kuda tunggangannya.

Di Belgium, sukan ini mempunyai tradisinya yang tersendiri. Peserta yang berjaya menarik kepala angsa sehingga putus akan diiktiraf sebagai pemenang. Kemudian, dalam kalangan pemenang ini mereka akan berentap sekali lagi untuk menentukan siapakah "Raja" bagi pertandingan ini yang akan diberikan sebuah mahkota.

Medan pertaruhan bagi penonton

angsa tergantung 323

Walaupun sukan ini dianggap unik dan mempunyai cabaran yang tersendiri yang menarik minat orang ramai untuk datang menyaksikannya, hadiah yang ditawarkan tidaklah begitu lumayan. Selain pengiktirafan, kebiasaannya pemenang hanya akan dihadiahkan angsa yang sudah mati itu sahaja.

Orang Barat sememangnya gemar membuat pertaruhan dalam pelbagai jenis sukan sejak dahulu dan sukan ini juga tidak terkecuali. Selain penonton, sukan ini menjadi menjadi medan pertaruhan bagi mereka yang gemar berjudi dan selain wang, pertaruhan juga adakalanya dibuat menggunakan minuman beralkohol.

Ketika dahulu, penyiksaan terhadap binatang sebagai bentuk hiburan dan sukan adalah perkara biasa dan perkara ini tidak terkecuali bagi sukan. Malah, kekejaman sukan ini sering dibandingkan dengan sukan lain seperti sukan matador yang sangat popular di Sepanyol.

Penganjuran sukan ini pada masa ini

sukan kejam

Walaupun sukan ini jarang diperkatakan lagi pada masa kini, ia sebenarnya masih lagi dimainkan di beberapa tempat terpencil di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, pengggunaan angsa hidup telah ditukarkan kepada bangkai angsa memandangkan ia mendapat kecaman yang serius daripada orang ramai terutamanya kumpulan pencinta haiwan.

Penganjuran sukan ini dikatakan sudah pupus di Amerika Syarikat selepas Perang Saudara (Civil War). Walau bagaimanapun, ia masih dianjurkan di beberapa tempat di bahagisan selatan Amerika sehingga penghujung ta 1870-an.

Pada masa kini, di Grevenbicht di Belanda dan beberap tempat di Belgium dan Jerman, sukan menarik leher angsa ini masih dianjurkan setiap tahun sebagai sebahagian daripada tradisi masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun, angsa yang masih hidup telah digantikan dengan bangkai angsa kerana kecaman daripada orang luar.

Sukan ini juga turut mempunyai nama yang berbeza di sesetengah negara. Ianya dikenali sebagai Ganstrekken di Belanda, Gansrijden di Belgium dan Gänsereiten di Jerman.

Kecaman daripada masyarakat antarabangsa

sukan tradisional sepanyol

Walaupun penggunaan angsa hidup telah diharamkan secara meluas pada tahun 1920-an, sukan ini masih lagi dibelenggu kontroversi. Pada tahun 2008, kesatuan pencinta haiwan Belanda mendesak sukan ini tetap perlu diharamkan penganjurannya secara sepenuhnya.

Pihak penganjur pula tida mengendahkan desakan ini dengan mendakwa tiada tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan memandangkan angsa yang digunakan dalam sukan ini pada masa kini kerana hanya bangkai angsa yang sudah mati yang digunakan.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. The Sun
  3. Daily Mail



Hakcipta iluminasi.com (2017)