Kredit foto: Instagram Puteri Balqis & Instagram Nabila Huda
Pelakon Puteri Balqis menepis dakwaan aktres senior, Nabila Huda yang menganggap ibunya, Norashikin Mohd Aziz seorang yang tidak bertanggungjawab kerana membiarkan dirinya menjual buku di jalanan.
Puteri Balqis atau Aqish, 13, berkata, tindakan mengikut ibunya menjual buku di sekitar ibu kota itu adalah atas kehendaknya sendiri.
Selebihnya, Balqis menegaskan bahawa ibunya bukanlah seburuk yang disangka kerana wanita itu merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menanggung kos perubatannya selama ini.
“Puteri sedih, buat auntie Nabila Huda... Puteri minta jangan persoalkan ibu Puteri, laman media bukan untuk itu.
“Kenyataan auntie tentang kenapa biarkan Puteri jalan ke KL jual buku ini jawapannya. Ibu sudah habis puluhan ribu ringgit untuk selamatkan Puteri, mana saudara? Mana kawan? Mana keluarga?
“Ibu tak pernah biarkan Puteri bekerja, tapi Puteri yang paksa untuk mengikutnya. Terus terang di KL ibu yang meniaga. Puteri masih ada perasaan kasihan melihat ibu,” katanya menerusi entri terbaharu laman sosial Instagram.
Selasa lalu menyaksikan Nabila Huda dalam kiriman Twitter mempertikaikan ibu bapa Puteri Balqis yang dikatakannya mampu untuk menyara remaja itu.
Sementara itu, Balqis berkata, kesusahan yang melanda tidak pernah menghentikan usaha ibunya dalam mencari pendapatan.
Malah, dia juga tidak mengabaikan tanggungjawab untuk bersedekah dan membayar kesemua duit bantuan yang diterima.
Kredit foto: Instagram Puteri Balqis
“Ibu merupakan satu-satu ahli keluarga yang tidak pernah berhenti bekerja. Daripada dulu pun selalu buat macam-macam... di set penggambaran pun masih jual asam jeruk.
“Tapi belum diizinkan lagi untuk dia berjaya seperti auntie. Ujian Puteri diberikan kesusahan dan ujian auntie diberikan kemewahan.
“Mungkin ada eloknya kami tidak aktif di laman sosial supaya kami jauh daripada memfitnah manusia,” katanya.
Sumber berita: Peringatan Puteri Balqis untuk Nabila Huda - “Saya diuji dengan kesusahan, auntie diuji dengan kemewahan”