Kredit foto: cinema.com.my
Kredibiliti aktres Nabila Huda sebagai pelakon yang hebat tidak mampu dinafikan lagi. Lihat sahaja watak-watak yang dibawanya dalam mana-mana filem dan drama, tentu ramai yang bersetuju bahawa Nabila telah menunjukkan prestasi lakonan yang semakin matang dan berpengalaman.
Namun baru-baru ini Nabila telah melahirkan perasaan kurang senangnya dengan kualiti lakonan para pelakon baru.
Menerusi luahan tersebut, Nabila menyifatkan pelakon hari ini hanya mementingkan jumlah bayaran sedangkan kualiti lakonan mereka tidak setara dengan harga yang diminta.
Kredit foto: Instagram Nabila Huda
Sekarang ramai pelakon baru yang hanya kejar populariti dan letak harga yang tidak sama dengan kualiti lakonan mereka. Kadang-kadang ada juga saya tertonton drama Melayu kerana anak saya peminat drama Melayu, namun saya jadi tertekan melihat lakonan mereka. Dulu masa saya mula dalam bidang ini drama pertama Blok 404 saya terima bayaran RM600 sahaja, itu sudah termasuk promosi seluruh negara. Tapi lama kelamaan harga itu akan meningkat mengikut kualiti kerja kita. Bayaran adalah soal kedua. Insya-Allah akan meningkat mengikut tahap kualiti kita.
Sumber: Mstar
Ditanya sama ada dirinya bersedia menerima tawaran untuk bergandingan dengan pelakon baru, Nabila tidak mempunyai masalah dengan hal tersebut.
Kredit foto: Instagram Nabila Huda
Saya terbuka sahaja jika berlakon dengan pelakon-pelakon baru tapi mereka terbuka ke untuk bergandingan dengan saya? Alhamdulillah, setakat ini semua yang digandingkan dengan saya adalah yang berbakat dan berpengalaman.
Sumber: Mstar