Kredit foto: Instagram Puteri Balqis
Buat sementara waktu, aktres remaja Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz ditempatkan di kediaman penerbit buku puisi 36 Poems of Puteri Balqis, Aini Marhana.
Aini berkata, keputusan itu dibuat kerana ingin melancarkan urusan penghantaran buku puisi yang sudah ditempah.
Bagaimanapun, penerbit itu meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang hadir tanpa membuat temujanji hingga mengangggu urusan kerja mereka.
"Mereka sekarang menetap di rumah saya buat sementara waktu bagi menguruskan urusan kerja penghantaran buku.
"Ramai pihak yang datang tidak buat temujanji dahulu sehingga kerja-kerja itu tertangguh dan pembeli buku marah kerana lewat.
"Lagi pula rumah mereka tingkat empat dan sukar untuk bawa buku turun naik," katanya memetik laporan Mstar.
Dalam pada itu, Aini berkata, buat masa ini pelakon itu terpaksa 'dipisahkan' daripada telefon bagi mengawal ketenteraman emosinya.
Difahamkan, anak-beranak itu sedang berada dalam keadaan tertekan dengan penyebaran berita-berita hangat mengenai mereka di media sosial.
Kredit foto: Instagram Puteri Balqis
"Puteri Balqis sedang sedih dan tertekan dengan berita-berita yang tular mengenai dia dan ibunya.
"Banyak berita yang tak benar keluar dan kami tak benarkan Puteri Balqis menggunakan telefon untuk mengelakkan dia baca berita-berita itu," katanya.
Terdahulu, kisah Puteri Balqis mendapat tumpuan selepas kesempitan hidupnya dipaparkan dalam rancangan Bersamamu siaran TV3.
Puteri Balqis yang dilaporkan berdepan masalah kesihatan terpaksa menyara hidup dengan menjual buku puisi di jalanan sekitar ibu kota.
Sumber berita: Elak tekanan Puteri Balqis tidak dibenar guna telefon, kini tinggal di rumah penerbit buku - “Dia dalam keadaan sedih dan tertekan”