Kredit foto: Instagram Tajul & Instagram As'ad Motawh
Penyanyi, Tajul Ariff, mempertahankan bakat baru, As'ad Motawh yang dihentam hebat gara-gara gagal menyanyi dengan baik dalam sebuah rancangan di Indonesia baru-baru ini.
Selain, itu, penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu berusia 18 tahun ini juga memberitahu bukan mudah untuk menyanyi lagu bernada tinggi pada awal pagi.
"Saya bukan nak 'back-up' kawan tapi waktu pagi memang susah nak menyanyi dan itu memang kenyataan.
"Malah saya sendiri pernah alami masalah menyanyi pada waktu pagi," tulis Tajul dalam kiriman Insta Story.
Menasihatkan netizen supaya tidak cepat menghukum, beliau berharap peminat dapat memahami dengan meletakkan diri mereka berada dalam situasi penyanyi berkenaan.
"Anda semua janganlah kecam dia... nilailah sendiri.
"Cuba korang kat tempat dia dengan menyanyi nada tinggi, tak kena dengan suara dia... memang tak boleh tarik," cetusnya.
Dalam pada itu, Tajul tidak lokek berkongsi tips menyanyi pada awal pagi. Beliau menyarankan para penyanyi supaya memanaskan vokal terlebih dahulu sekurang-kurangnya sejam sebelum persembahan.
Terdahulu, As'ad dikutuk kerana gagal menyempurnakan lagu Asal Kau Bahagia bersama Armada Band sehingga persembahannya dikatakan telah memalukan Malaysia.
Tak kurang As'ad dianngap sebagai penyanyi yang hanya mempertaruhkan paras rupa semata-mata.
Sumber berita: Mstar