Sukan merupakan satu aktiviti yang perlu diceburi oleh setiap orang supaya dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda. Antara sukan yang popular dalam kalangan kita adalah bola sepak, badminton, hoki, berenang dan banyak lagi. Namun, ada juga sukan-sukan yang kita tidak tahu bahawa ianya wujud di dunia ini.

Ok, di sini terdapat 6 sukan yang paling pelik di dunia :

#1 Hoki berbasikal roda satu

Hoki antara sukan yang paling popular dan bahaya di dunia. Selalunya kita nampak orang yang bermain hoki hanya memegang 'stick' atas padang ataupun atas ais kan? Tetapi, bermain hoki dengan berbasikal roda satu atau "unicycle" sambil memegang 'stick' ini merupakan sukan yang unik dan sangat popular di Kanada. Hanya dengan satu roda saja mereka mampu bermain hoki ok. Percayalah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

#2 Batu! Gunting! Kertas!

Mesti anda terbeliak mata tengok kan? Seriuslah permainan zaman kuno ini telah menjadi satu sukan yang banyak dianjurkan Liga sejak tahun 2006. Sukan ini diasaskan oleh "U.S Association of Rock Paper Scissors" (USARPS). Sungguh memang pelik pun sebab atlit-atlit dalam sukan ini mempunyai badan yang agak tegap dan berisi, namun realitinya tahu sendiri sajalah macam mana permainan ini.

81658932

#3 Lempar tuna

Ikan tuna dijadikan sebagai satu sukan? Selalu orang anjurkan pertandingan memancing, tetapi lain bagi para peserta Festival Tunarama ini yang dianjurkan pada setiap tahun di Port Lincoln, Australia Selatan. Pertandingan melempar tuna ini adalah yang paling menarik kerana hadiah yang ditawarkan agak lumayan iaitu $7,000. Setiap peserta harus melepaskan seekor tuna dewasa seperti melemparkan cakera. Tetapi, ikan tuna yang digunakan ini merupakan ikan yang sudah busuk. 

tunarama festival

#4 Lempar orang kerdil

Dah tadi lempar tuna, ini kena lempar orang kerdil pula. Ya, ini merupakan satu sukan yang wujud di Australia pada tahun 80-an. Sebelum melakukan aksi ini, orang kerdil tersebut harus memakai sut yang khusus di mana dia akan dilempar di atas padang. Seperti permainan cakera juga, pemenangnya akan dipilih jika lemparan yang dibuat itu adalah yang paling jauh. Tetapi, banyak kritikan luar yang mengatakan sukan ini menjatuhkan maruah orang kerdil. Bagi orang kerdil pula, mereka protes akan kritikan itu kerana mereka juga ingin mencari rezeki. Rezeki mereka tidak terhalang jika sukan ini diteruskan. Memang orang Australia pelik-pelik kah? 

midget throwing

#5 Guling keju

Ok, ini sukan yang 'best' sebab penganjur sukan ini akan menggulingkan sebuah roda berisi penuh dengan keju ke arah kaki bukit dan para peserta harus turut berguling untuk mendapatkannya. Aksi ini bertempat di Gloucestersyire, Bukit Cooper, iaitu sebuah lereng yang sangat curam. Tidak hairanlah kalau terdapat antara mereka yang dalam keadaan mabuk turut bersama dalam acara sukan tersebut dan mendapat banyak kecederaan disebabkan terjatuh. 

0525sport03

#6 Memikul isteri

Perlumbaan sepanjang 200 meter ini akan dilalui oleh para suami yang perlu berlumba sambil memikul isteri mereka. "Isteri" dalam sukan ini bukan bermaksud isterinya sahaja. Mereka boleh saja mengendong mana-mana wanita yang lain yang ingin turut serta dalam acara sukan tersebut. Sepanjang 200 meter ini, akan ada banyak halangan seperti lumpur, air dan lain-lain yang perlu mereka lalui. Agak menghiburkan sebenarnya sukan ini kerana terdapat bermacam gelagat yang kita boleh lihat. Jika isteri tersebut terjatuh, sang suami akan didenda selama 15 saat. Sebenarnya acara ini cuma untuk suka-suka sahaja tetapi sudah dijadikan sebagai satu sukan khusus. Untuk pengetahuan anda, pemenang akan memenangi bir sebanyak berat isteri dia. Sukan ini berasal dari Finland.

kontes panggul istri




Hakcipta iluminasi.com (2017)