Kredit foto: pinterest.es
Penyanyi Shila Amzah, bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Haris Idraki, 28, kira-kira seminggu dari sekarang.
Pastinya debaran mula dirasai apatah lagi pihak pengurusan Shila, 27, sedang sibuk mengedarkan kad jemputan ke majlis resepsi penyanyi itu yang bakal diadakan pada 22 April ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.
Dalam kenyataan terdahulu, penyanyi yang mencipta nama di negara China ini memberitahu portal Astro Awani bahawa majlis nikahnya akan berlangsung pada 19 April ini.
Menurutnya, ketika itu dia masih belum menetapkan tarikh majlis resepsi.
Kredit foto: Instagram Shila Amzah
“Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April ini," katanya dalam kenyataan itu.
Tambah pelantun Masih Aku Cinta ini, dia masih berulang alik ke negara China atas tuntutan tawaran aktiviti seni yang perlu dipenuhi.
“Sebagai penggiat seni, saya akur dengan ketetapan untuk berulang alik terutamanya ke China kerana saya juga perlu memenuhi permintaan di sini,” katanya.
Terdahulu, Shila bertunang dengan Haris pada 3 November lalu dalam majlis yang berlangsung di kediaman keluarganya di Cheras.