Oleh pada 15 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Sherry Ibrahim & Instagram Fazura

Perancang perkahwinan, Rekateemor memberi respon terhadap kenyataan berang aktres Sherry Ibrahim yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka sebelum ini.

Dalam penjelasan yang dikeluarkan menerusi laman Instagram itu, Rekateemor mendedahkan akaun Instagram mereka telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menguatkan lagi kenyataan, Rekateemor turut memuat naik paparan skrin emel yang memaklumkan ada percubaan dalam mengakses akaun laman sosial mereka oleh individu lain.

"Seseorang cuba merosakkan imej Rekateemor dalam dunia siber dengan menggodam akaun perniagaan kami dan menyebarkan komen yang tidak sepatutnya," tulis Rekateemor di kapsyen.

akhirnya terjawab ini punca mengapa perancang perkahwinan fattah fazura sindir sherry ibrahim 2

Kredit foto: Instagram @rekateemor

Terdahulu, Sherry berang selepas namanya 'ditag' pada komen Rekateemor dengan soalan pedas berbaur sindiran berbunyi, "Hai Sherry Ibrahim, Dah tengok perkahwinan Fattzura? Kami ada pos perkahwinan Fattzura di Instagram kami. Jom tengok."

Menurut Sherry, komen itu diletakkan dalam sebuah video yang dikongsi beliau, dua hari lalu.

Apapun kami berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.




Hakcipta iluminasi.com (2017)