Antara pernyataan paling terkenal di kalangan pelajar Malaysia di Mesir ataupun rakyat Malaysia yang pernah datang Mesir, "Arab Mesir perangai macam Firaun". Bagi aku, sikap kasar Arab Mesir yang 'jilake' ini sebenarnya pengajaran kepada diri sendiri yang mungkin ramai tak sedari ketika bergaul dengan mereka.
Sikap sesetengah orang Arab Mesir
Orang Arab suka bergurau, mereka sangat playful. Gurauan mereka pula memang sangat kasar dan celaka. Ada yang bila kali pertama bertemu dengan kau, dia nak bergurau manja (tapi bagi kita caranya sangat jilake). Sebab itu rakyat kita selalu annoyed dengan mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Jangan terkejut kalau ucapan pertama mereka pun dah menyakitkan hati. Itu perkara biasa. Cara mereka dekati pun nampak macam berniat jahat. Apa-apa pun, respon dengan sopan ataupun balas kembali gurauan mereka dengan gurauan. Kalau mereka respon negatif, undur diri atau berambus perlahan-lahan.
Aku faham ada yang trauma sebab pernah kena tipu ataupun diancam orang arab. Masing-masing ada kisah baik dan buruk dengan orang Arab. Tak kiralah yang baru datang ke Mesir mahupun yang dah senior (abang-abang dan kakak-kakak). Jangan benci mereka lebih-lebih. Buat rilek je. Jangan sampai kau terus assume semua arab tu jahat. Sampai kau tekad tak nak bergaul dengan orang Arab.
Perasaan negatif tu yang mengundang individu jilake
Bila kau dah skeptikal, negatif dengan orang Arab ni, kau akan susah hidup di tempat orang. Kau nak keluar rumah pun tak habis-habis paranoid dengan Arab sekeliling. Kau tahu? Sebenarnya perasaan jahat dan negatif tu yang attract individu 'jilake' dekat dengan kau.
Dan bila mata kau dah tertutup dengan keburukan, macam mana kau nak nampak kebaikan yang tersembunyi? Sebab tu kau nampak yang buruk sahaja. Bapak sedih hidup kau. Kau benci arab kerana selalu tipu, selalu scam kau tapi kalau kau pun muka sayur dan perangai macam nak kena lauk, jangan la salahkan orang Arab sahaja.
Kena berani pertahan hak
Masa 2nd year. Aku pernah gaduh dengan pemandu teksi sebab tipu harga dan aku menang tengkar mulut. Arab tu nak acah berdamai ramah pula. Bila pemandu tu tahu aku rakyat Malaysia, dia tak percaya. Katanya rakyat Malaysia kebanyakannya baik-baik (tak berani betah). Kah kah kah... Celaka betul.
Ini membuktikan sebab kau sayur dan muka sedap kena lauk lah kau kena scam. Kemudian, kalau dah kena scam tu pandai-pandai lah pertahankan hak kau. Jangan terus menyerah kalah. Dalam isu pemandu teksi ini, aku buat kesimpulan ramai rakyat Malaysia yang pasrah dan berserah bila kena ketuk dengan orang Arab.
Setiap bangsa dan negara pun pasti ada penipu dan scammer ni. Kalau skill sosial kau tahap budak tadika, di negara sendiri pun boleh kena scam. Tu kau tengok ramai je student kena scam dengan MLM penipu kat Malaysia. Kah kah kah.
Kena bergaul dengan penduduk terdekat
Keluarlah bergaul dengan penduduk Arab setempat. Skill komunikasi kena perbaiki. Bergaul dengan orang Arab dari pelbagai lapisan. Dari pelbagai latar belakang dan asal-usul. Yang jahat tu telan, yang baik tu rezeki kita.
Walau di mana pun kita berada dan dengan siapa jua, just be kind. Layan semua orang dengan baik. Insyaallah orang akan layan dengan baik. Kalau dia tak layan dengan baik? Berambus perlahan-lahan.
Bukan semua Arab jilake kau tahu
Aku pun tak adalah banyak sangat bergaul dengan arab ni. Aku pun kuat melepek di rumah. Haha. Cuma, bila bergaul tu aku bergaul penuh kesungguhan. Aku bergaul dengan Arab di University, Arab di Hospital, Arab di kawasan perumahan, Arab di kedai kopi.
Alhamdulillah aku juga dapat rezeki lebih bergaul dengan Arab di Upper Egypt atas tuntutan kerja-kerja di sana. Berbeza perangai Arab lower dan Upper Egypt ni. Aku berkesempatan mengenali orang Arab dari pelbagai latar belakang dan sosial. Dari petani, peguam, doktor, engineer sehinggalah ke businessman.
Banyak lagi aku boleh kongsi sebenarnya. Aku pun ada kenangan buruk dengan orang Arab. Tapi tidaklah sehingga aku membenci terus orang Arab. Banyak yang aku belajar dari mereka. Patutnya aku yang kena berterima kasih kepada rakyat Mesir bila aku nak balik Malaysia nanti. Kesimpulannya mereka manusia biasa, kita pun manusia biasa. Sama sahaja.
Penulisan asal : Muhammad Arieffahmi
Diving di Cairo? : Divologist