Oleh pada 23 Feb 2023 kategori

Dalam membicarakan penulisan atau skrip bahasa Arab, kita tidak boleh lari daripada menggabungkan bahasanya dengan sistem tulisan berasaskan huruf Arab yang mengandungi 28 jenis abjad.

Walaupun ada varian tulisan berbeza yang diasaskan daripada sistem tulisan Arab ini diamal seperti tulisan Jawi di Malaysia untuk menulis bahasa Melayu, huruf Arab sinonim dengan bahasa Arab. Kedua-duanya sukar untuk diasingkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi tahukah anda ada varian bahasa Arab berbeza, yang ditulis bukan dengan abjad Arab - sebaliknya menggunakan sistem tulisan Latin atau Rumi? 

Bahasa Malta - bahasa 'fusion' yang unik

6c6daf1594d3a7d6fe6ed5fe9956c2a901cfb58a 1651685548 6efc45ca 630x420

Negara kepulauan Malta mempunyai identiti unik di kalangan masyarakat dunia, kerana kedudukannya yang terletak di antara dua buah masyarakat yang mengamalkan budaya berbeza.

Sekiranya anda buka peta dunia, anda akan mendapati Malta terletak di Lautan Meditteranean, di antara Kepulauan Sicily di Itali dan bahagian timur laut Tunisia, sebuah negara Arab dalam benua Afrika.

Di sekelilingnya, Malta dikelilingi negara Arab lain seperti Libya, Mesir dan Algeria dengan Malta pula diiktiraf sebuah negara Eropah.

Ekoran daripada kedudukan Malta sebagai sebuah negara kepulauan yang dikelilingi dua masyarakat jauh berbeza, sejarah Malta menyaksikan pertembungan pelbagai pengaruh yang datang dari Itali dan Greece di sebelah Eropah serta negara Arab di benua Afrika, membawa impak besar kepada komuniti di Malta.

Salah satu kesan ketara yang masih diamalkan di Malta, adalah penggunaan bahasa berbentuk hibrid; gabungan elemen bahasa Arab dari Afrika dengan bahasa Latin Baru yang dibawa dari pengaruh Eropah.

Percampuran ini membentuk apa yang kita namakan sebagai bahasa Malta atau Maltese, satu-satunya cabang bahasa di dunia yang mengandungi bahasa Arab sebagai penyumbang kosa kata yang besar tetapi ditulis dalam bentuk Rumi atau Latin.

Pada tahun 2004, Kesatuan Eropah menyenaraikan Maltese sebagai salah satu bahasa rasmi di Eropah, menjadikan bahasa itu satu-satunya bahasa yang berorientasikan Arab diiktiraf di sana.

Gabungan budaya yang majmuk

3fca8ba23a2dd84fc70fbd29e5603aa165b697a7 1564160509 5d3b31fd 630x420

Dikategorikan sebagai salah satu bahasa Semitik dalam kajian bahasa, Maltese menggabungkan dialek Arab dari Algeria dan Tunisia dengan bahasa Itali dan bahasa Sicily, bahasa masyarakat tempatan Kepulauan Sicily.

Sejarah bagaimana Maltese terbentuk menarik.

Selepas perpecahan empayar Rom kepada dua bahagian, Kepulauan Malta jatuh ke tangan Empayar Rom Barat sekitar abad ke 4. Pada era Empayar Rom Byzantine, kemasukan orang-orang Yunani atau Greece ke sana digiatkan, membawa bersama budaya baru yang membentuk asas ketamadunan di sana.

Pertukaran budaya ini bagaimanapun mengalami perubahan besar selepas Malta bertukar tangan, dalam perkembangan empayar kerajaan Islam di bawah Khalifah ar- Rashid dengan Empayar Rom Byzantine.

Selepas Kepulauan Sicily jatuh ke tangan kerajaan Islam, angkatan tentera Islam berjaya menguasai pemerintahan Malta sekitar abad ke 10, membawa perubahan besar kepada komuniti kepulauan itu khususnya dalam bidang pertanian serta pengenalan bahasa berbeza.

Malta diperintah oleh Empayar Islam Sicily yang berpusat di Balarm (kini dinamakan semula sebagai dengan nama asalnya Palermo), membangun pesat serentak dengan Sicily yang akhirnya menjadi antara pusat ekonomi utama di Eropah.

Migrasi di antara dua pulau itu selama beberapa abad membentuk perkongsian bahasa yang kini dikategorikan sebagai Arab-Sicily (Siculo-Arabic).

Pertukaran pemerintah membawa kepada sistem hibrid

images 242

Pada tahun 1091, orang-orang Normandy hasil gabungan masyarakat Viking, Frank dan Rom berjaya merampas Kepulauan Malta daripada orang Islam, selepas kejatuhan kota Mdina yang dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Islam di sana. Nota : Kota Mdina ini masih dipelihara sehingga ke hari ini!

Ekoran daripada perubahan tampuk kepimpinan, pengaruh Islam dibawa masyarakat Arab mula lemah diganti dengan ajaran Kristian, yang turut memperkenalkan sistem tulisan Latin kepada masyarakat di Malta.

Walaupun dipengaruhi Kristian dan sistem abjad Latin, istilah-istilah serta dialek yang diwarisi daripada masyarakat Arab selama lebih 220 tahun pemerintahan kekal diamal. Jika dianggarkan keseluruhan kosa kata Maltese zaman moden, masih ada anggaran 1/3 perkataan dalam Maltese adalah istilah Arab.

Usaha kuat mubaligh Kristian menjadikan tulisan Latin sebagai tulisan rasmi membawa kepada keperluan masyarakat Malta untuk menterjemahkan istilahArab yang telah mereka gunapakai ke bentuk tulisan Latin, yang dibuat secara terjemahan terus.

Ini menjadikan bunyi yang disebut warga Malta masih kuat berbunyi 'Arabnya' walaupun dari segi tulisan, sukar untuk kita percaya wujudnya elemen Arab dalam pertuturan dan penulisan mereka.

Segelintir masyarakat Malta sendiri kadangkala tidak menyedari bahawa apa yang mereka sebut, tulis dan baca setiap hari - sebenarnya berasal dari dialek orang Arab yang berjiran dengan mereka, dek identiti Eropah yang sudah menjadi tunjang masyarakat di sana.

Perang politik, pertukaran kerajaan, perkongsian budaya serta migrasi yang berlaku menjadikan Malta masyarakat yang unik, kerana mulut mereka boleh bercakap Arab tetapi jika disuruh menulis, tak ramai agaknya yang tahu alif baa taa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)