BESARKAN TEKS A- A+
Ramses II atau Ramses The Great adalah salah seorang pemerintah yang paling berkuasa dan terkenal dalam sejarah Mesir. Terkenal dengan panggilan "Great Ancestor," dia memimpin beberapa pengembaraan ketenteraan dan meluaskan empayar Mesir dari Syria hinggalah ke Nubia di utara. Ramses II adalah Firaun ketiga dalam sejarah 19 Firaun Mesir. Turut sama ditemui adalah bahagian atas tugu Firaun Seti II, cucu kepada Ramses II.Pengkaji percaya kuil matahari yang diasaskan oleh Ramses II terletak di situ, menguatkan lagi andaian yang memang benar tugu besar itu adalah tugu Ramses II. Penemuan tersebut dilakukan dalam kawasan yang mengandungi bangunan-bangunan terbengkalai dan jalan yang berlumpur yang berdekatan dengan tapak kuil tersebut.Menurut kepercayaan orang Mesir dulu kala, Tuhan Matahari mencipta dunia mereka dan menetap di Heliopolis. Oleh kerana kepercyaan mereka pada ketika itu tidak membenarkan pembesar dan raja duduk sama tempat dengan Tuhan Matahari, pelbagai binaan tugu telah disiapkan untuk menunjukkan ketaatan pemerintah kepada Tuhan Matahari.Heliopolis itu sendiri membawa makna 'City of the Sun' atau 'Bandar Matahari' diasaskan oleh Ramses II, mempunyai kuil terbesar di Mesir ketika itu tetapi kuil tersebut telah musnah ketika era pencerobohan Greco-Roman. Banyak kesan-kesan tinggalan dari Heliopolis telah pun dipindahkan ke Alexandria (Iskandariah) atau ke benua Eropah, sementara kesan tinggalan lain telah pun hilang akibat kecurian atau kemusnahan semulajadi.