Kredit foto: themalaymailonline.com & encikshino.com
Perkongsian pelbagai gambar dan video mesra bersama suami yang dimuat naik oleh penyanyi Siti Sarah di laman Instagram telah mengundang perasaan kurang senang sesetengah pihak.
Bukan sahaja jelak dengan aksi kebahagiaan yang dikatakan seakan direka-reka, malah ada yang mendakwa Sarah menggunakan foto-foto tersebut sebagai pelindung kepada kemelut rumah tangga yang dihadapi.
Bagaimanapun Sarah dalam kenyataan terbarunya menafikan spekulasi yang tersebar.
Menurut Sarah, identiti kebahagiaan yang dipamerkan sememangnya sudah menjadi rutin mereka sejak sekian lama, justeru dia terkejut apabila isu tersebut baru dibangkitkan oleh pihak tertentu.
Kredit foto: Instagram Siti Sarah
Secara jujur, saya tidak sangka video yang dimuat naik mendapat perhatian ramai kerana sebelum ini kami sering berkongsi gambar berdua. Kalau diikutkan, mereka yang mengenali kami sudah maklum dengan karakter itu. Bagi saya, tiada kena mengena dengan masalah rumah tangga. Kalau ada pun kami ada cara untuk mengatasi permasalahan. Kebahagiaan bukan boleh direka, namun sekiranya perkongsian saya dapat menggembirakan peminat. Kami berpegang pada prinsip untuk tidak membawa sebarang masalah di sosial media kerana ia tidak seharusnya dikongsikan. Sebenarnya artis dan orang biasa tidak jauh berbeza dan itu yang saya tekankan di media sosial.
Sumber: BH Online
Benar juga apa yang dikatakan Sarah. Malah, foto mesra pasangan ini pastinya dapat menyebarkan mesej positif kepada pasangan suami isteri di luar sana agar sentiasa meraikan hubungan perkahwinan walaupun adakalanya ditimpa pasang surut.
Kredit foto: Instagram Siti Sarah