Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, hanya akan mendedahkan nama anak sulungnya selepas tujuh hari bayi itu dilahirkan.

Penyanyi tersohor itu terlebih dahulu melalui proses perbincangan dengan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, atas alasan ingin mengikut amalan sunat dalam Islam. 

“Saya dan suami telah bersepakat untuk tidak lagi mengumumkan nama bayi yang bakal dilahirkan.

“Pengumuman hanya akan dibuat selepas tujuh hari kelahiran bayi kami selain merupakan amalan yang disunatkan dalam Islam,” kata Siti, memetik laporan portal Astro Awani.

Malah Siti juga memilih untuk melahirkan cahaya mata sulungnya menerusi pembedahan Caesarean.

“Memang daripada awal saya telah dinasihatkan oleh doktor untuk melalui proses pembedahan. Jadi saya ikut sahaja apa yang dinasihatkan dan bersedia dengan apa jua keadaan,” katanya lagi.

Dua hari lalu, Siti terbit dengan single terbaharu diberi judul Comel Pipi Merah yang dihasilkan khusus buat bayi yang bakal dilahirkannya itu.

Malah Siti mengatakan lagu berkenaan didedikasikan khas sebagai 'irama dodoian anak' buat kesemua para ibu.

Untuk rekod, Siti bakal menimang bayi berjantina perempuan sebagaimana diumumkannya dalam sebuah rakaman video di laman Instagram sewaktu sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-39.




Hakcipta iluminasi.com (2017)