Sama ada anda peminat muzik keras atau tidak, anda pasti pernah melihat simbol "Devil's Horn" digayakan oleh pemuzik-pemuzik antarabangsa ketika membuat persembahan terutamanya dari genre Metal dan Rock.

Bukan sahaja Mat Metal dan Rockers, malah ramai juga pelakon atau ahli politik luar yang menggayakan simbol ini ketika bergambar. Namun, siapa sebenarnya yang memperkenalkan simbol Devil's Horn ini?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Calon berpotensi

gene simmons kiss

Gene Simmons dari kumpulan KISS

Dalam perdebatan sejarah muzik Metal, terdapat dua orang calon utama yang sering dikatakan sebagai pengasas atau pelopor simbol ini. Calon yang dimaksudkan ialah Gene Simmons (KISS) dan mendiang Ronnie James Dio (Rainbow, Black Sabbath dan Dio).

Kedua-dua mereka adalah orang lama dalam industri muzik Metal dan sering dilihat menggayakan simbol ini sama ada dalam persembahan mahupun ketika bergambar. Namun, siapakah yang lebih layak diangkat sebagai pelopor? Mari kita siasat.

ronnie james dio

Ronnie James Dio

Simmons mendakwa dalam autobiografinya yang diterbitkan pada 2002, Kiss and Make-up, dia adalah orang yang telah mencipta simbol Devil's Horn. Seorang penulis ruangan akhbar mingguan LA CityBeat, Steve Appleford, telah menjalankan siasatan pada 2004 kepada persoalan ini.

Setelah Appleford menemuramah begitu ramai pemuzik-pemuzik Metal, dia menyimpulkan bahawa Simmons bukanlah pelopor kepada simbol terkenal ini. Sebaliknya, ramai pemuzik Metal mengatakan pelopor kepada simbol ini ialah penyanyi legenda, Ronnie James Dio atau lebih dikenali sebagai Dio. 

Pengasas Devil's Horn

dio returns

Ronnie James Dio atau nama sebenarnya Ronald James Padavona adalah seorang penyanyi, penulis lirik dan komposer Heavy Metal Amerika. Sepanjang kariernya, Dio menyertai pelbagai kugiran seperti Elf, Rainbow, Black Sabbath, Heaven & Hell dan Dio(kumpulan yang dinamakan sempena namanya sendiri). Penyanyi yang lahir pada tahun 1942 ini telah meninggal dunia pada tahun 2010.

Bagaimanakah Ronnie James Dio 'mengasaskan' simbol ini? Tommy Aldich, pemain dram legenda yang pernah beraksi bersama Dio pernah bertanyakan sendiri dari mana sebenarnya penyanyi itu mendapat idea untuk menggayakan simbol Devil's Horn ini.

nenek devil s horn

Dio memberitahu, dia sebenarnya mengetahui simbol ini daripada neneknya yang berasal dari Itali. Dio mendakwa neneknya itu menggunakan isyarat yang dipanggil sebagai 'evil eye' ini untuk menghalau kejahatan dan orang yang berniat tidak baik atau untuk mengenakan 'evil eye' kepada orang lain (seperti kutukan atau sumpahan).

Dio mula menggunakan simbol Devil's Horn ini ketika melakukan konsert jelajah pertama bersama kumpulan Black Sabbath sebagai penyanyi baru menggantikan Ozzy Osbourne yang dibuang pada 1979.

ozzy osbourne

Ozzy Osbourne

Ketika itu Dio mahu mencipta isyarat tangan untuk berkomunikasi dengan peminat kerana sebelum ini, Ozzy Osbourne terkenal dengan simbol "Peace" yang sering digunakannya ketika membuat persembahan. Dio memilih untuk menggunakan simbol yang sering digunakan neneknya.

Pendapat Ronnie James Dio mengenai isyarat Devil's Horn?

Dio memberitahu dalam satu temubual pada 2001, dia bukanlah orang pertama yang melakukan isyarat Devil's Horn itu. Dakwaan dia adalah pelopor simbol itu seumpama mengatakan bahawa dia mencipta roda. Sebenarnya, dia hanya mempopularkan sahaja dan sering menggunakan simbol itu sehingga menjadi trademark.

album band coven devil s horn

Pada pertengahan 2017, Gene Simmons pernah cuba untuk mendaftarkan simbol itu sebagai trademark (tanda dagangan) miliknya tetapi melupakan hasratnya itu setelah dua minggu memfailkannya. Isteri mendiang Dio, Wendy, mengatakan, perkara itu tidak masuk akal kerana simbol itu adalah hak orang ramai dan tidak sepatutnya didaftarkan sebagai trademark orang tertentu.

Seperti yang didakwanya sendiri, Dio hanyalah orang yang mempopularkan simbol Devil's Horn dan begitu sinonim dengannya tetapi dia bukanlah yang pertama menggunakannya.

the beatles devils horn

Pada tahun 1969, kugiran Coven dari UK telah menggunakan simbol ini pada kulit album mereka "Witchcraft Destroys Minds And Reaps Souls". Ia merupakan kali pertama simbol itu digunakan dalam muzik Rock. Simbol ini dipercayai diambil daripada isyarat hippie yang bermaksud keamanan. Malah, John Lennon dari The Beatles juga pernah menggayakan simbol ini.

Simbol Devil's Horn dalam sejarah

sejarah devil s horn

Sebenarnya, banyak budaya yang mempunyai kaitan dengan simbol Devil's Horn ini. Gambaran paling awal tentang isyarat Devil's Horn ini sebenarnya wujud dalam lukisan Yunani purba lagi. Simbol itu kemudian diturunkan dalam budaya Rom dan sejak itu ia wujud dalam budaya Itali moden.

karana mudra

Nama sebenar Devil's Horn yang digunakan di Lembaran Mediterranean ialah "Corna". Dalam budaya Itali, ia mempunyai beberapa makna dan boleh digunakan dalam beberapa cara. Simbol ini juga digunakan dalam agama Buddha dan digelar sebagai Karana mudrā.

Ada beberapa cara berbeza dalam menggayakan simbol Devil's Horn ini. Ada cara membiarkan ibu jari terbuka, ibu jari di atas jari tengah dan jari manis serta beberapa cara lain lagi.

pelbagai jenis devil s horn

Bagi ahli konspirasi teori pula, pelbagai jenis simbol Devil's Horn ini adalah melambangkan pemujaan syaitan dan sering digunakan oleh ahli-ahli Illuminati, Freemason, Satanisma dan ajaran-ajaran sesat lain.

Rujukan:

1. Siapa cipta simbol Devil's Horn?

2. Sejarah penggunaan simbol Devil's Horn dalam muzik

3. Asal-usul isyarat Devil's Horn




Hakcipta iluminasi.com (2017)