Sekiranya Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara Barat mempunyai budaya minum kopi, orang British di UK lebih menggemari teh. Malah, budaya minum teh ini turut menjadi sebahagian cara hidup rakyat Malaysia memandangkan kita pernah dijajah oleh British satu ketika dahulu.

Teh adalah minuman kedua paling banyak diminum di dunia selepas air kosong. Di UK sahaja, 100 jut cawan teh diminium setiap hari dan jumlah ini bersamaan dengan 36 bilion setahun! China ialah pengeluar terbesar, menyumbang 22.8% daripada eksport Teh dunia, bernilai $1.5 bilion USD, pada 2016.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi bagaimanakah kita sampai ke tahap ini? Di mana semuanya bermula? Siapa yang menemui Teh? Kali ini pihak Ilumnasi ingin kongskan serba sedikit mengenai sejarah dan asal-usul minuman teh.

Siapakah individu pertama yang menemui teh?

sejarah teh dari cina

Siapa yang menemui Teh? Hakikatnya tiada siapa yang tahu. Di sebalik popularitinya, terdapat sejumlah besar misteri yang menyelubungi asal-usul minuman yang sangat digemari ini. Walau bagaimanapun, terdapat legenda sejak kira-kira 5,000 tahun dahulu yang dikaitkan dengan asal-usul teh.

Penemuan teh dikaitkan dengan legenda yang berkaitan dengan Maharaja China dan pemerintah bijak mitos bernama Shennong (atau Shen Nung).

Cerita rakyat mencadangkan bahawa Shennong adalah seorang pakar herba yang gemar mengajar orang Cina kuno tentang amalan pertanian. Terjemahan namanya boleh bermaksud "Dewa Pertanian". Mengikut kisah-kisah ini, dia mencipta kaedah pertanian cangkul, bajak, pengairan dan tebas-bakar.

Sesetengah orang mencadangkan bahawa Shennong ialah bapa kepada Maharaja Huang 黃帝, juga dikenali sebagai Maharaja Kuning. Orang lain mengiktiraf dan menyembahnya sebagai Raja Perubatan. Jika dia benar-benar wujud, maka istilah "Raja Perubatan" boleh digunakan untuk apa yang kini kita kenali sebagai Manfaat Teh Hijau.

Tetapi persoalannya timbul: adakah dia (merujuk kepada Shennong) sebenarnya wujud?

Penemuan teh secara tidak sengaja

sejarah teh

Kisah ini terjadi pada 2737 SM. Shennong, selepas seharian bereksperimen dengan herba, memutuskan untuk berehat di bawah pokok yang tidak diketahui. Dia akhirnya tertidur di bawah sinar matahari tengah hari dengan secawan air mendidih di sisinya.

Semasa Maharaja mengantuk, tiupan angin bertiup kencang di bawah pokok itu. Angin tersebut turut membawa daun berterbangan sebelum jatuh ke tanah dengan beberap darinya mendarat di minuman Shennong.

Tidak lama kemudian, daun-daun itu mula meresap dengan air. Apabila Shennong terjaga, dia menemui minuman pelik berwarna kehijauan di sebelahnya. Tertarik dengan warnanya, dia memutuskan untuk mencubanya. Maharaja gembira dengan bau dan rasa yang lazat minuman itu dan kisah ini sering direkodkan sebagai sejarah penemuan teh pertama yang terjadi secara tidak sengaja.

Apabila meminum minuman tersebut, dia berasa cergas dan segar. Tanpa disedari pada masa itu, Shennong baru sahaja menemui Teh Hijau. Shennong mendapati resapan daun teh itu lazat kerana rasanya yang berbeza dan menyegarkan kerana kafein yang ada dalam teh hijau.

Satu lagi kisah lagenda mengenai teh tetapi dengan variasi berlainan memberitahu bahawa maharaja menguji sifat perubatan pelbagai herba pada dirinya, dan apabila beberapa daripadanya beracun beliau mendapati teh dapat berfungsi sebagai penawar.

Penyebaran teh ke seluruh dunia

sejarah teh barat 653

Rekod terawal teh dalam tulisan sejarah barat dikatakan terdapat dalam kenyataan seorang pengembara Arab bahawa selepas tahun 879 sumber pendapatan utama di Canton ialah duti ke atas garam dan teh. Marco Polo turut merekodkan tentang seorang menteri kewangan China pada 1285 untuk pengenalan cukai teh.

Pada tahun 1557, Portugal telah menubuhkan sebuah pelabuhan perdagangan di Macau, dan perkataan minuman Cina "chá" tersebar dengan cepat tetapi tidak disebutkan tentang mereka membawa pulang sampel teh. Pada awal abad ke-17, sebuah kapal Syarikat Hindia Timur Belanda membawa daun teh hijau pertama ke Amsterdam dari China.

Teh telah dikenali di Perancis pada tahun 1636. Ia menikmati tempoh populariti yang singkat di Paris sekitar tahun 1648. Sejarah teh di Rusia juga boleh dikesan kembali ke abad ke-17. Teh pertama kali ditawarkan oleh China sebagai hadiah kepada Czar Michael I pada tahun 1618. Duta Rusia mencuba minuman itu tetapi beliau tidak menggemarinya dan menolak tawaran itu dan hal ini telah menangguhkan pengenalan teh ke Russia selama lima puluh tahun.

Teh telah muncul di Jerman pada tahun 1657 tetapi tidak pernah mendapat banyak perhatian kecuali di kawasan pantai seperti Ostfriesland. Teh pertama kali muncul secara terbuka di England pada tahun 1650-an, di mana ia diperkenalkan melalui kedai kopi. Dari situ ia diperkenalkan ke tanah jajahan British di Amerika dan tempat lain.

Kredift:

  1. Wikipedia
  2. Tea and Coffee



Hakcipta iluminasi.com (2017)