Oleh pada 20 Sep 2017 kategori
sharnaaz ahmad mengaku keluarkan kenyataan ketika sedang marah 1

Aktor Sharnaaz Ahmad memberitahu dia berada dalam keadaan beremosi ketika mengeluarkan kenyataan meminta agar pesalah dalam kejadian kebakaran pusat tahfiz diseksa di hadapan orang ramai.

Menurut Sharnaaz, niatnya hanyalah ingin melihat mereka yang terlibat diberi hukuman yang setimpal.

Malah, ketika itu dia tidak tahu akan status pesalah yang sebenarnya hanyalah beberapa orang kanak-kanak.

sharnaaz ahmad mengaku keluarkan kenyataan ketika sedang marah 2

Status itu saya muat naik dalam keadaan marah yang mana ketika itu saya tidak tahu bahawa kanak-kanak yang melakukan perkara kejam itu. Bagaimanapun, walaupun mereka kanak-kanak, hukuman yang dikenakan perlu setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Kalau boleh biarlah hukuman itu akan menakutkan orang lain juga. Jangan sampai masanya mereka ini dibebaskan dan melakukan janayah lain pula.
Sumber: Mstar

Terdahulu, Sharnaaz memuat naik kiriman di laman Instagram menggesa pihak berkuasa agar menyeksa pesalah yang terlibat di hadapan orang awam di Dataran Merdeka sehingga mati.

Kenyataan pelakon berusia 32 tahun itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen kerana dirasakan tidak wajar dikongsikan kepada khayalak.

Sementara itu, Sharnaaz tetap memohon agar hukuman berat dikenakan terhadap perbuatan kejam itu demi memberikan peringatan kepada rakyat lain.

Undang-undang Malaysia kadang-kadang terlalu lemah sehingga membuatkan orang ramai tidak takut. Kes mangsa buli tempoh hari pun senyap sahaja. Pada saya mereka melakukan kesalahan ini dengan niat untuk membunuh dan perlu pembalasan yang seberat-beratnya.
Sumber: Mstar

Malah, Sharnaaz juga meletakkan rasa bersalah kepada dirinya sendiri yang selama ini kurang peka dengan isu gejala sosial termasuk masalah kesempitan hidup di pusat tahfiz.

Ia masalah dalam masyarakat yang mana semua pihak perlu ambil berat, saya juga rasa bersalah kerana kurang ambil perhatian terhadap masalah sosial dan kesempitan pusat tahfiz. Bila sudah berlaku isu seperti ini baru kita nak marah di laman sosial, bagi saya semua pihak perlu bertanggung jawab terutama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar lebih memperluaskan lagi kempen kesedaran bahaya dadah.
Sumber: Mstar

Sebelum ini, negara digemparkan dengan kebakaran di pusat tahfiz itu hingga mengorbankan nyawa 21 pelajar termasuk dua orang guru yang juga merupakan warden di asrama.

Polis menahan tujuh remaja dalam lingkungan usia 11 hingga 18 tahun sebagai suspek.

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad




Hakcipta iluminasi.com (2017)