Kredit foto: utaranews.com
Bagi pengikut setia drama tempatan di luar sana, pasti anda menyedari Anzalna Nasir sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.
Selepas setahun tidak menjayakan mana-mana penggambaran drama, Anzalna mengakui rindu dengan kerjayanya itu tetapi masih sukar untuk meninggalkan suaminya bersendirian di rumah.
Saya tak rasa kekok kembali berlakon, cuma tengah fikir siapa nak jaga suami di rumah. Tapi saya sudah set dalam fikiran bahawa saya perlu kembali berlakon, namun pada masa sama suami tetap kena jaga. Kalau nak ikutkan hati memang tak sedia lagi nak tinggalkan suami, tapi duduk di rumah sahaja pun bosan juga, kena bekerja.
Sumber: mStar Online
Kali terakhir muncul menerusi drama 'Memori Cinta Suraya', Anzalna akan memulakan pengggambaran drama bersiri 100 episod bertajuk 'Tuscan Passion' yang dijadualkan bermula awal bulan ini.