Kredit foto: Instagram Zul Ariffin
Selepas 'kehilangan' aktor Zul Ariffin daripada radar media sosial selama hampir sebulan, beliau kembali membuka laman Instagramnya hari ini dengan foto memakai jubah dan penutup kepala iaitu ghutra.
Menurut aktor berusia 31 tahun ini menerusi entri terbaharunya, dia berterima kasih kepada netizen yang mendoakan beliau serta arwah ibunya, Robiah Nasir.
"Assalamualaikum... Mewakili keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan tanda ingatan.
"Saya minta maaf tidak dapat membalas semua mesej, anggaplah ini sebagai tanda terima kasih diatas ingatan kalian kepada ibu kami, Hajah Robiah Nasir. Terima kasih kerana mengambil berat," tulisnya.
Ibu Zul menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember lalu kerana serangan jantung.
Dalam pada itu, foto terbaharu aktor ini yang berimej lengkap berjubah dipercayai sedang berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sehingga kini, kiriman itu meraih lebih 117,000 tanda suka dan dibanjiri lebih 3,000 komen.
Keseluruhannya, Instagram Zul mempunyai 1.8 juta pengikut.
Sumber berita: Mstar