Kredit foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana
Tidak dinafikan telatah anak comel pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sentiasa mendapat tumpuan ramai.
Apatah lagi selepas tersebarnya sebuah video yang memaparkan pengakuan Aaisyah yang takut dicium aktor Zul Ariffin kerana misai pelakon itu.
"Ala nak pergi school (sekolah). Tak nak berlakon dengan Zul Ariffin. Takut. Dia kiss (cium) Aaisyah, ada misai," luah Aaisyah dalam rakaman berkenaan.
Kredit foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana
Sehingga kini video yang dimuat naik di laman Instagramnya itu telah ditonton lebih 700 ribu kali berserta 1,600 komen ditinggalkan netizen.
Manakala, pada malam hari lahirnya yang berlangsung Isnin lalu pula menyaksikan aktor filem Tombiruo ini hadir sebagai tetamu.
Dalam sebuah lagi rakaman memperlihatkan Aaisyah kelihatan kekok dan tidak bersuara apabila lelaki itu mendekatinya.
Kredit foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana
Rata-rata netizen di ruangan komen mengakui terhibur dengan telatah anak kecil berumur tiga tahun ini.
"Aisyah terkesima. Belakang-belakang berani ya. Sekali pakcik Zul duduk depan mata terus terkedu," tulis pemilik akaun Zahrafly.
"Jumpa hero idaman Ecah tak boleh nak 'kluaq sora' (keluar suara). Hihihi comel lah Ecah," tulis Noornoh pula.
Akaun Instagram Aaisyah telahpun mengumpul lebih 780 ribu pengikut yang mana kandungan laman sosial itu dipenuhi foto dan video kehidupan sehariannya.