Oleh pada 06 May 2020 kategori

     

Selepas pendedahan Dr. Erin berhubung kisah perceraiannya dengan Da'i Farhan, bekas isteri pendakwah itu iaitu Fatin Nurul Ain kelihatan tidak memberi sebarang respon balas secara khusus.

Namun, Fatin menerusi kiriman terbaharu yang dimuat naik di Instagram, ada berkongsi petikan daripada perawi hadis Rasulullah S.A.W serta doa untuk memaafkan individu yang memfitnahnya.

"Mengambil Ibrah dari bulan yang mulia ini, saya mohon doa.

"Allah ampunkan dosa-dosa saya.

"Allah kekalkan hati saya untuk sentiasa memaafkan mereka yang masih tidak mahu bertaubat dari memfitnah saya, walid kepada anak-anak dan keluarga serta Allah kurniakan hidayah buat mereka.

"Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa," tulis Fatin di ruangan kapsyen.

   

Baca: Biodata Pendakwah Da'i Farhan

   

dai farhan cerai 53

   

Status itu diakhiri dengan tanda pagar berbunyi #diamitulebihbaik.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Fatin yang enggan bersuara lanjut mengenai isu terbabit.

Terdahulu, dalam kenyataan Erin pada Selasa, Fatin didakwa bertindak agresif dengan berkomplot untuk meruntuhkan rumah tangganya.

Antara lain, Erin mendakwa, dia tidak menyangka akan hakikat perkahwinannya bersama Farhan pada mulanya tidak mendapat restu daripada Fatin selaku madunya.

Farhan dan Erin selamat bergelar suami isteri sewaktu mengerjakan umrah di Makkah pada Oktober lalu.

Manakala Fatin diceraikan Farhan menerusi aplikasi laman sembang WhatsApp pada Disember berikutnya.

    

Sumber berita: Bekas Isteri Da'i Farhan Berdiam Diri, Netizen Terus Buat Spekulasi... "Semoga Kekal Hati Maafkan Mereka Memfitnah Saya"

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)