Kredit foto: BH Online & cseashawaii.org
Sebelum ini industri hiburan telah digemparkan tentang isu yang melanda aktor Aliff Aziz ketika terlibat dalam penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu bersama aktres Afifah Nasir.
Kali ini, nama Aliff kembali menjadi sebutan oleh wakil produksi drama terbarunya iaitu produser Zeel Production.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pemilik syarikat itu, Fadzil Teh mendedahkan Aliff telah memberikan komitmen yang baik ketika penggambaran drama Meh Sandar Lagi.
Kredit foto: Instagram Aliff Aziz
Pengalaman bekerja dengannya sangat menyenangkan dan paling penting Aliff bersikap profesional ketika berada di set dan saya juga berpuas hati dengan disiplin ditunjukkan. Aliff mempunyai bakat besar sebagai pelakon dan sayang sekiranya bakat itu disia-siakan hanya kerana kesalahan dilakukannya.
Sumber: Mstar
Pada masa yang sama, Fadzil memberitahu dia pernah mendapat amaran daripada pihak tertentu tentang masalah disiplin Aliff ketika berlakon, namun tidak menghalangnya untuk memberi peluang kedua kepada pelakon itu.
Kredit foto: Mstar
Sebelum ini ada juga orang menyampaikan cerita kurang enak tentangnya tetapi saya tetap mengambilnya berlakon dan Alhamdulillah dia bukan seperti dikatakan. Dia tidak sempurna dan ada kelemahan tetapi secara keseluruhannya dia tunjuk usaha memperbaiki diri dan paling penting dia tidak timbulkan masalah.
Sumber: Mstar
Tambah Fadzil, penggambaran drama itu juga sepatutnya dijadualkan bermula pada Ramadhan lalu, namun ditangguhkan kerana Aliff mempunyai komitmen lain.
Sepatutnya Aliff kembali ke set Meh Sandar Lagi lebih awal tetapi isu yang melanda dirinya membuatkan proses penggambaran tergendala seketika. Pihak kami memberi peluang kepadanya untuk selesaikan masalah.
Sumber: Mstar
Drama Meh Sandar Lagi bakal disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Mira Filzah, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada dan Alicia Amin.