Kredit foto: Beautifulnara & Utusan Online
Sekian lama terpalit dengan isu hubungan bersama aktres Afifah Nasir, aktor Alif Aziz mengakui berasa lelah dengan apa yang dilalui.
Dalam sebuah wawancara terbaru, Aliff enggan lagi mengulas akan isu berkenaan, sebaliknya menyerahkan kepada umum untuk menilai berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh produksi.
Kredit foto: mantop.rssing.com
Saya fikir rakyat Malaysia sudah penat dengan isu ini. Saya sudah cakap bahagian saya. Tiada apa lagi nak cakap. Melalui kenyataan pengarah drama, semua orang boleh menilai. Bagi saya, di situ sudah terjawab segala persoalan. Saya pun sudah penat dengan apa yang berlaku.
Sumber: BH Online
Terdahulu, pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob memaklumkan pihak produksi tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi agar Aliff dan Afifah berhubungan mesra sebagaimana yang didakwa aktres itu.