Setiap kali berlaku sambutan hari jadi, pasti umat Islam di negara kita akan menyambutnya dengan memakai topi berbentuk kon, yang sudah menjadi simbol kepada sambutan hari jadi.
Namun, pernahkah anda terfikir mengapa kita digalakkan memakai topi berbentuk kon itu?
KEJATUHAN ANDALUSIA
BESARKAN TEKS A- A+
Semuanya bermula selepas Muhammad ke 12, pemerintah terakhir Islam di Andalusia menyerahkan kawasan Granada kepada Isabella I of Castille dan Raja Perdinand II.
Ekoran daripada peristiwa itu, umat Islam di seluruh kawasan tersebut dipaksa untuk meninggalkan amalan mereka dan mula memeluk agama pemerintah baru mereka iaitu agama Katolik. Ini adalah era di mana bermulanya Spanish Inquisition.
Pada ketika itu, semua orang Muslim dan Yahudi yang masih lagi kekal dengan agama mereka akan digelarkan sebagai penderhaka atau 'heretics.' Mereka ini akan ditangkap dan dibawa untuk diadili melalui perbicaraan yang dilakukan oleh Inquisition Tribunal.
Sebelum para penderhaka ini dibawa ke muka pengadilan, mereka akan ditangkap dan dipakaikan dengan topi berbentuk kon tinggi yang digelarkan coroza serta satu jubah sepanjang perbicaraan.
Topi kon dan jubah tunik yang dipakaikan pula dibezakan mengikut warna, dengan warna merah yang digelar Samarra akan dipakaikan kepada orang yang sudah didapati bersalah dan akan dibakar hidup-hidup selepas perbicaraan tribunal.
Pakaian yang digelar fuego repolto pula akan dikenakan pada mereka yang berjanji untuk menerima agama Katolik sebelum dihukum, sebelum mereka dinaik taraf dengan dipakaikan satu topi dan jubah tunik berwarna kuning dengan salib besar dilukiskan, menandakan mereka sudahpun dalam proses menebus kesalahan mereka sebagai penderhaka Katolik.
Ketiga-tiga pakaian itu pula dihiaskan dengan lukisan-lukisan yang melambangkan kesalahan yang dilakukan oleh penderhaka itu, sebagai contoh api dan syaitan akan dilukis pada mereka yang tidak mahu meninggalkan agama lama mereka, kerana golongan ini dikatakan akan ke neraka. Api terbalik akan dilukis pada fuego repolto, menandakan yang pemakainya sudah selamat daripada seksaan.
Selepas era Spanish Inquisition berakhir dengan jayanya, topi coroza ini kemudiannya diangkat sebagai simbol kepada usaha mana-mana individu Katolik yang sedang menginsafi segala kesalahan beliau.
Jika seorang penganut Katolik dilihat memakai topi tersebut, ini menunjukkan mereka sedang bersedih atau berkabung kerana mengingati dosa silam mereka.
Itu kisah lama dahulu namun tradisinya tetap diteruskan.
TRADISI DUNCE CAP
Sejarah pemakaian topi berbentuk kon ini diteruskan lagi pada pertengahan abad ke 19 apabila pihak sekolah mula menghukum pelajar-pelajar yang tidak mampu menjaga disiplin mereka dengana hukuman yang mirip dengan apa yang dikenakan pada penderhaka zaman Spanish Inquisition.
Pelajar bermasalah dalam kelas ini akan diminta untuk berdiri di satu sudut di dalam kelas dengan memakai satu topi berbentuk kon yang dituliskan huruf D, merujuk kepada Dunce Cap.
Sama ada kedua-dua sejarah ini berkait atau tidak, apa yang lebih baik untuk kita sebenarnya adalah supaya tidak mudah terikut-ikut dengan sesuatu yang kita tidak faham asal-usulnya.
Pasti ada pihak yang akan menyangkal dakwaan ini dengan hujah niat mereka memakaikan topi berbentuk kon itu hanyalah untuk seronok-seronok atau hendak menyambut hari jadi sahaja, tetapi itu adalah hujah orang malas.
Berfikirlah.
Fikirlah mengapa anda hendak pakaikan anak anda topi berbentuk kon itu dan kenapa topi itu pula dikaitkan dengan sambutan hari jadi, jika anda rasakan sejarah di atas tidak berkait dengan sambutan hari lahir.
Niat yang baik sahaja, tidak membenarkan semua perbuatan.