Oleh pada 01 Jan 2018 kategori

Pejam celik pejam celik kita sudah pun sampai ke tahun 2018. Setiap orang mempunyai definisi dan perspektif tersendiri tentang perayaan tahun baru.

Sambutan dan azam tahun baru adalah dua perkara yang begitu sinonim dengan perayaan ini. Perkara yang lepas usah dikenang, hidup perlu sentiasa pandang ke hadapan.

Tahun baru merupakan permulaan baru bagi hidup seseorang. Masyarakat seluruh dunia menyambut ketibaan tahun baru menerusi pelbagai cara.

Mari kita semak 20 cara sambutan tahun baru paling pelik di seluruh dunia.

1. Melambung duit syiling (Romania)

melambung duit syiling

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber foto: indiatoday.intoday.in/education

Di Romania, terdapat suatu tradisi dimana duit syiling dibaling ke dalam sungai untuk memberikan nasib baik. Selain itu, terdapat beberapa lagi adat resam di Romania yang diikuti sejak berabad-abad lamanya. Antaranya ialah kanak-kanak menyanyikan lagu-lagu keagamaan seperti "Pluguşorul" dan "Sorcova". Karol ini mendoakan tuah dan kebahagiaan kepada semua orang.

2. Membuang perabot (Afrika Selatan)

membuang perabot

Sumber foto: list25.com

Afrika Selatan bukanlah sebuah negara tumpuan pelancong, mahupun selalu menjadi tajuk utama berita. Namun, tradisi tahun baru mereka mendapat perhatian dunia. Di kebanyakan tempat di Afrika Selatan, perabot terpakai akan dibuang dari tingkap apartmen. Malah, barangan seperti ketuhar gelombang mikro dan peti ais turut dibuang. Pegawai polis yang bertugas di sekitar kawasan ini seringkali menjadi mangsa.

3. Berarak dengan bola api (Scotland)

bola api

Sumber foto: clan.com

Dikenali sebagai “Hogmanay", ritual ini mungkin lebih sesuai dijadikan aksi dalam rancangan “Fear Factor”. Upacara ini diadakan selama 3 hari bermula 30 Disember, melibatkan penggunaan seruling dan gendang. Perarakan besar-besaran ini disertai ribuan golongan lelaki yang berpakaian seperti Viking membawa obor. Mereka berarak di sepanjang jalan raya sambil menghayunkan bola api di atas kepala. Amalan ini dianggap mampu menyucikan dan memberikan "sinar matahari" kepada si pelaku.

4. Membunyikan loceng sebanyak 108 kali (Jepun)

bunyi loceng selama 108 kali 976

 Sumber foto: Getty Images

Sambutan tahun baru di Jepun lebih meriah berbanding negara lain. Peluang ini diambil sebaik mungkin untuk lari dari kesibukan kerja, dengan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Pada malam tahun baru, loceng di kuil Buddha dibunyikan sebanyak 108 kali supaya dapat didengar di seluruh pelusuk bandar.

Menurut kepercayaan Buddha, amalan ini dapat menghapuskan dosa dan keinginan duniawi. Kesemua loceng akan dibunyikan pada malam tahun baru. Hanya satu deringan dapat didengar selepas lewat malam. Malah, mereka turut menyediakan hidangan mi gandum kuda atau "Toshikoshi Soba" dalam bahasa Jepun.

5. Festival Takanakuy (Peru)

festival takanakuy

Sumber foto: backpackinginperu.com

Pada 25 Disember, penduduk wilayah Chumbivilcas di Peru mengadakan suatu perlawanan tinju. Dengan cara ini, penduduk dapat berdamai dan melangkah ke tahun baru tanpa persengketaan. Pertarungan ini disertai semua peringkat usia, dari anak muda hingga warga emas, dan terbuka kepada wanita dan lelaki. Selain itu, terdapat juga perayaan yang melibatkan muzik, tarian, makanan dan kostum berwarna terang. 

6. Menjatuhkan ais krim (Switzerland)

menjatuhkan ais krim

Sumber foto: ilmkidunya.com

Salah sebuah negara tercantik di dunia ini mempunyai cara unik untuk menyambut tahun baru. Penduduk di sini perlu menumpahkan ais krim atau krim putar di lantai dengan sengaja. Ia kemudiannya dibiarkan di situ sepanjang tahun. Mungkin anda menganggapnya sebagai suatu pembaziran, namun itulah adat yang dipegang untuk memperoleh kehidupan yang baik.

7. Memberi ucapan tahun baru kepada lembu (Belgium dan Romania)

memberi ucapan tahun baru kepada lembu

Sumber foto: elitereaders.com

Golongan petani di Belgium dan Romania mengamalkan ucapan selamat tahun baru kepada lembu mereka. Amalan pelik ini dilakukan untuk memastikan ternakan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Selain itu, masyarakat lain meraikannya dengan cara yang normal iaitu bertukar-tukar hadiah, makan-makan dan menikmati pertunjukan bunga api.

8. Memakai pakaian dalam berwarna-warni (Bolivia, Brazil dan Mexico)

memakai pakaian dalam berwarna warni

Sumber foto: list25.com

Ketiga-tiga negara di atas mempunyai persamaan, dimana penduduk mereka akan memakai pakaian dalam yang berwarna-warni pada tahun baru. Budaya ini dipercayai membawa tuah. Contohnya, pakaian dalam berwarna merah adalah bagus untuk soal percintaan. Pakaian dalam berwarna kuning pula digunakan untuk memperoleh harta dan kekayaan.

9. Berparti di kawasan kubur (Chile)

berparti di kawasan kubur

Sumber foto: break.com

Bayangkan jika anda menerima kad jemputan untuk majlis sebegini, pasti meremang bulu roma dibuatnya. Adat ini wujud sejak tahun 1995. Masyarakat di Chile percaya bahawa setiap kali menjelang tahun baru, roh saudara-mara mereka yang telah meninggal dunia sedang menunggu di tanah perkuburan. Tepat pukul 11 malam, pintu kawasan ini dibuka oleh ketua bandar dan kemudiannya dikerumuni orang ramai dengan lampu yang berkedip dan muzik klasik lembut.

10. Menyimbah air baldi (Thailand)

menyimbah air baldi

Sumber foto: all-thailand-exp.com

Jika anda merindui “ice bucket challenge”, kami cadangkan anda melawat ke Thailand. Terdapat suatu acara iaitu "Songkran Festival" dimana peserta akan beramai-ramai menyimbah air dari dalam baldi. Aktiviti kekeluargaan ini berlangsung selama tiga hari sewaktu penghujung musim kemarau, pada pertengahan April dan tahun baru. Mereka juga sesama sendiri melumurkan bedak talkum yang berwarna kelabu untuk menyingkirkan aura negatif.

11. Melempar pinggan (Denmark)

melempar pinggan

Sumber foto: happenings.com.ng

Berlainan pula ceritanya di Denmark, masyarakat di sini meraikan tahun baru dengan melemparkan pinggan mangkuk yang sudah tidak digunakan ke pintu rumah jiran mereka. Semakin banyak bilangan pinggan mangkuk yang pecah, semakin bertuah sesebuah keluarga itu. Mereka dianggap mempunyai lebih ramai kawan yang setia. Apa yang mengejutkan, jiran tetangga sedikit pun tidak berasa terganggu, malah gembira dengan keadaan kotor dan bersepah.

12. Membakar orang-orang (Ecuador)

membakar orang orang

Sumber foto: gottahavekarisma.com

Masyarakat Ecuador akan berkumpul di jalan raya untuk membakar orang-orang. Sebelum itu, mereka terlebih dahulu mengecat patung itu dengan rumit, sebelum disumbat dengan surat khabar dan kepingan kayu. Ritual ini didakwa menghapuskan perkara jahat, menjauhkan nasib buruk dan memberi tuah. Menurut sejarah asal usulnya, wabak demam kuning melanda bandar Guayaquil pada tahun 1895. Masyarakat di sini menyumbat keranda dengan pakaian dan membakarnya sebagai simbol penyucian.

13. Berlari bersama beg pakaian (Colombia)

berlari bersama beg pakaian

Sumber foto: danielsalazar35.wordpress.com

Di Colombia, penduduk setempat akan berjalan bersama beg pakaian atau bagasi kosong di blok kediaman, dalam bulatan atau sepanjang hari. Ia dilakukan untuk memberikan pengalaman melancong yang menarik pada tahun baru. Bagi mengelakkan mengganggu ketenteraman jiran, terdapat segelintir yang hanya meninggalkan beg pakaian di luar pintu rumah. Malah, mereka turut akan menikmati buah anggur sehingga lewat malam. 

14. Makan 12 biji anggur (Sepanyol)

makan 12 anggur sekaligus

Sumber foto: nichedatafactory.com

Terdapat suatu upacara di Sepanyol dimana penduduknya gemar menyumbat 12 biji buah anggur ke dalam mulut sekaligus. Jika berjaya, nasib baik akan menunggu mereka sepanjang tahun baru. Setiap anggur menandakan satu bulan dan impian. Rasa setiap buah itu mempunyai makna tersendiri. Contohnya, masam bermaksud bulan yang buruk dan manis adalah bulan yang baik.

Menurut kisah orang tempatan, budaya ini dimulakan pada dekad terakhir abad ke-18 apabila terdapat peningkatan dari segi jualan dan hasil tanaman anggur pada tahun itu.

15. Menjamah kek duit syiling (Bolivia)

menjamah kek duit syiling

Sumber foto: viralluxury.com

Jika anda melawati Bolivia pada tahun baru, anda perlu berhati-hati jika dihidangkan kek. Ini kerana duit sengaja dimasukkan  di dalam kek di sini. Sesiapa yang mendapat potongan kek dengan duit syiling di dalamnya didakwa akan mempunyai perkembangan dari segi kewangan. Selain itu, anak patung diperbuat daripada jerami dan kayu digantung di luar rumah. Sesiapa yang meninggalkan tiga biji batu di luar pintu rumah dianggap bertuah dari segi kesihatan, kebahagiaan dan cinta.

16. Mengetuk periuk belanga (Australia dan New Zealand)

mengetuk periuk belanga

Sumber foto: Paul A. Fagan / Flickr

Pada tengah malam tahun baru, penduduk Australia akan berarak di jalan raya sambil mengetuk kuali dan periuk. Ada sesetengah berpendapat bahawa ia dilakukan untuk menjauhkan kuasa jahat. Bunyi bising yang dihasilkan dipercayai dapat menghalau "juju" buruk seperti roh, perbuatan jahat dan syaitan. Malah, terdapat juga kepercayaan bahawa amalan ini adalah suatu bentuk muzikal penduduk di sini untuk menyambut kedatangan tahun baru.

17. Menilik nasib menggunakan telur (El Salvador)

menilik nasib menggunakan telur

Sumber foto: quizzclub.com

Negara El Salvador mempunyai tradisi memecahkan telur di dalam gelas, sebelum dibiarkan di tingkap semalaman. Keesokan paginya, mereka akan melihat bentuk yang terjadi, contohnya seperti rumah atau pelancongan. Ia dijadikan sebagai tilikan kehidupan mereka pada tahun akan datang. Selain itu, mereka juga akan membeli pakaian baru.

18. Membaling roti (Ireland)

memukul dengan roti

Sumber foto: dreamstime.com

Rakyat negara Ireland membaling roti pada dinding untuk menghapuskan roh jahat. Selepas itu, mereka akan menganjurkan sebuah majlis di pub dan kelab bersama keluarga, sambil menikmati minuman keras. Selain itu, wanita bujang di Ireland menanti-nantikan ketibaan tahun baru dengan menyimpan daun mistletoe di bawah bantal, untuk bertemu jodoh. Malah, tradisi ini juga dipercayai mampu mengelakkan seseorang itu dari ditimpa nasib malang.

19. Obses dengan apa sahaja berbentuk bulat (Filipina)

memakan dan memakai apa sahaja berbentuk bulat

Sumber foto: mapsofworld.com

Sifat materialistik di Filipina adalah begitu jelas sekali. Setiap kali menjelang tahun baru, semangat itu ditafsirkan melalui amalan mereka yang ingin memakan apa sahaja yang berbentuk bulat dan menyimpan duit syiling di dalam poket. Malah, mereka juga mengenakan pakaian yang mempunyai reka bentuk "polka dot", sebagai lambang duit syiling dan kekayaan.

20. Mencium seseorang (Amerika Syarikat)

mencium seseorang

Sumber foto: Christophe Simon / AFP / Getty Images

Rakyat Amerika Syarikat mengambil kesempatan ini dengan mencium orang yang tersayang, seperti kekasih atau suami isteri. Bagi yang masih solo, mereka akan mencium sesiapa sahaja untuk dilimpahi dengan perasaan cinta dan kasih sayang. Budaya ini dapat dilihat dalam sitkom-sitkom terkenal seperti "Friends" dan "How I Met Your Mother", serta filem “In Search of a Midnight Kiss”

Bagaimanapun, ia semakin dipinggirkan kerana dikaitkan dengan gangguan seksual. Mereka yang tidak mengamalkannya dipercayai akan berasa sunyi dan keseorangan sepanjang tahun.

Rujukan:

1.    List O Top

2.    TakePart

3.    Mental Floss

4.    Ecophiles

5.    BBC

6.    G-Adventures




Hakcipta iluminasi.com (2017)