Pernah tak anda bayangkan hidup anda hanya dikelilingi oleh warna hitam dan putih? Mesti anda akan rasa hidup anda suram kan? Kehidupan inilah yang dilalui oleh individu yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta warna dan rabun warna.

Tetapi, ramai orang mempunyai tanggapan salah tentang rabun warna dengan menyangka ia adalah buta warna. Untuk pengetahuan anda, individu yang mempunyai masalah buta warna hanya mampu melihat warna kelabu sahaja dan ia sangat jarang berlaku. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimana ujian rabun warna dilakukan?

Bagi sesiapa yang telah mengambil lesen memandu sudah tentu anda pernah menjalani ujian rabun warna kan? Ujian ini berdasarkan pada gambar bulatan berbintik kecil yang berwarna dan terdapat bayangan bentuk atau nombor di dalamnya.

perbezaan penglihatan warna bagi individu normal dan rabun warna

Jika anda tidak mempunyai masalah penglihatan, anda dengan mudah dapat membezakan nombor dan bentuk yang tersembunyi di dalam bintik warna itu. Sebaliknya, jika anda seorang yang rabun warna, anda akan sukar untuk melihat nombor atau bentuk tersebut. 

Sejarah terciptanya "Ujian Ishihara"

ujian ishihara 2

Ujian ini dikenali sebagai "Ujian Ishihara" kerana nama tersebut diambil dari pereka itu sendiri iaitu Dr. Shinobu Ishihara, seorang professor di Universiti Tokyo dan yang pertama menerbitkan ujian ini pada tahun 1918.

Ujian ini terdiri daripada beberapa plat berwarna yang dipanggil sebagai plat Ishihara. Di dalam plat ini mengandungi bulatan titik-titik yang terdapat secara rawak dengan warna dan saiz. Titik-titik di dalam corak itu ada yang berwarna terang dan pudar yang dapat dilihat oleh individu normal atau sebaliknya.

Keseluruhan ujian ini terdiri daripada 38 plat untuk mengenal pasti masalah penglihatan seseorang itu tetapi biasanya selepas beberapa plat masalah itu sudah dapat dikenal pasti. Ada juga ujian yang lebih kecil seperti hanya menggunakan 14 plat atau 24 plat.

Plat ini akan memberi keputusan ujian yang berbeza:

  • Plat transformasi: individu dengan kecacatan penglihatan warna harus melihat angka yang berbeza daripada individu dengan penglihatan warna normal. 
  • Plat pudar: hanya individu yang mempunyai penglihatan warna normal dapat mengenali angka tersebut.
  • Plat angka tersembunyi: hanya individu yang mempunyai cacat penglihatan warna dapat mengenali angka tersebut.
  • Plat diagnostik: bertujuan untuk menentukan jenis cacat penglihatan warna (protanopia atau deuteranopia) dan keparahannya. Protanopes ialah individu yang tidak dapat melihat merah manakala Deuteranopes ialah individu yang tidak dapat melihat hijau.

perbezaan penglihatan warna dalam ujian ishihara

Pada masa lalu, Jepun ingin berkembang maju dalam bidang ketenteraan. Oleh itu, mereka memerlukan anggota tentera yang bijak atau jurutera yang mempunyai penglihatan yang sangat baik untuk berada di dalam bidang yang berunsur teknologi kimia.

Kemudian, Jepun mengadakan pertandingan "The World Class Asian Champion" di mana pertandingan ini akan memilih beberapa pemuda Jepun yang terbaik dan pakar dalam semua bidang sains, kimia, nuklear, fizik serta pakar senjata. Hal ini kerana pakar-pakar ini sangat dikehendaki oleh kerajaan Jepun untuk meneroka dan mengeluarkan senjata Jepun.

ujian ishihara dalam bidang ketenteraan jepun

Di samping itu, Jepun juga mengalami beberapa halangan dalam proses pengeluaran dan penyelidikan senjata Jepun ketika ia dimulakan. Mereka tidak dapat memperbaiki perkembangan teknologi atom dan nuklear kerana sesetengah pakar mereka didapati sukar untuk membezakan warna dalam unsur kimia pembuat nuklear atom untuk senjata.

Masalah ini kemudiannya disampaikan kepada Universiti Tokyo di mana terdapat seorang doktor pakar mata yang bernama Shinobu Ishihara. Dr. Shinobu Ishihara dilahirkan pada 25 September 1879. Beliau merupakan seorang Opthalmologist Jepun dan mula berkhidmat dalam bidang ketenteraan Jepun pada tahun 1910 sebagai pengajar dalam perubatan ketenteraan Jepun.

dr shinobu ishihara menerbitkan buku the ishihara color vision charts

Di sana, selain memeriksa dan merawat pesakit, beliau juga diminta untuk menguji calon anggota tentera Jepun sama ada mereka mempunyai masalah penglihatan atau tidak. Pada mulanya, buku Ishihara adalah hanya lukisan cat air yang menggunakan simbol Hiragana. 

Kaedah yang digunakan oleh beliau sangat berkesan dalam memilih ahli tentera Jepun yang mempunyai penglihatan normal dan yang sukar untuk membezakan warna. Bagi mereka yang menghadapi masalah dalam membezakan warna, mereka diletakkan dalam bidang yang tidak berkaitan dengan elemen kimia manakala bagi yang normal pula dijadikan sebagai jurutera mesin senjata kimia Jepun.

Akhir sekali, selepas Dr. Shinobu Ishihara dapat menyelesaikan masalah tentera Jepun, namanya menjadi lebih terkenal. Lebih-lebih lagi, apabila beliau menerbitkan sebuah buku khas kepada semua agensi untuk menguji masalah buta atau rabun warna dalam kalangan anggota. Beliau telah menerbitkan buku "The Ishihara Color Vision Charts" pada tahun 1918.

ujian ishihara 1

Sejak pada itulah, "Ujian Ishihara" ini menjadi terkenal dan masih menjadi pilihan utama di seluruh dunia sehingga kini untuk mengenal pasti jika seseorang itu mempunyai masalah penglihatan warna. Selain itu, Dr. Shinobu Ishihara juga telah memberi sumbangan besar dalam kajian trachoma dan miopia.

dr shinobu ishihara pengasas kepada ujian penglihatan rabun warna

Rujukan :

  1. Ujian Ishihara
  2. Sejarah Buku Ishihara
  3. Dr. Shinobu Ishinara



Hakcipta iluminasi.com (2017)