Oleh pada 25 Jul 2017 kategori

Kredit foto: cinema.com.my

Sebelum ini aktres Janna Nick menjadi mangsa kecaman netizen kerana komentarnya terhadap filem Dunkirk yang dikatakan melampau.

Ramai peminat filem tersebut terkesan dengan dakwaan Janna yang menyifatkan Dunkirk sebagai membosankan sehingga dia tertidur di panggung wayang.

sebab tu janna jadi bongok meliuk liuk macam terencat akal surat terbuka untuk janna nick terima lebih 1000 perkongsian 2

Kredit foto: Instagram Janna Nick 

Dalam pelbagai komen yang mengecam beliau, seorang individu tampil memberikan kenyataan yang menarik perhatian ramai.

Individu yang dikenali sebagai Zailee itu melahirkan pendapatnya menerusi laman Facebook yang mana sehingga kini telah menerima lebih 1000 perkongsian.

Jom baca apa yang cuba disampaikan Zailee. 

Untuk Janna Nick, sini Abang Zailee (kembar Tom Hardy) nak tanya. Masa sekolah dulu dapat gred apa subjek Sejarah? Okey tak payah jawab. Abang Zailee tak suka nilai orang berdasarkan gred SPM. Abang Zailee nak nilai berdasarkan minat. Minat subjek Sejarah tak? Mestilah tak.

Sebab tu Janna kena belajar. Janna tak tahu apa signifikan peristiwa Dunkirk Evacuation kepada sejarah Perancis dan England. Janna tak kisahpun sebab ia hanyalah sejarah. Benda dah lepas.

Janna tahu tak jarak dari pantai Dunkirk di Perancis tu kurang 40 kilometer dari England? England dan Perancis hanya dipisahkan oleh Selat Dover. Dari Dunkirk tu boleh nampak tau tanah England. Memang boleh jadi gilalah kalau nampak satu benda tapi tak boleh dimiliki.

Tahu tak Selat Dover tu sebahagian dari Selat Inggeris? Tak tahukan? Tak kenal ke dengan Abdul Malik Mydin, seorang rakyat Malaysia yang pernah catat rekod berenang merentas selat tu? Mesti tak tahu jugakkan? Ha, ini pula namanya pengetahuan am dan subjek Geografi. Janna buat apa masa kelas Geografi dulu? Gigit pemadam dekat hujung pensil?

Benda mudah macam ni pun Janna tak tahu, memanglah Janna rasa cerita Dunkirk tu bosan. Bila orang cakap filem Nolan untuk orang yang pandai-pandai saja, Janna marah. Padahal Janna memang bodohpun.

Janna tahu tak lepas Jerman takluk negara Poland, terus British dan Perancis isytiharkan perang? Lepas tu British hantar askar untuk tolong Perancis? Tapi mereka kalah sebab Jerman ni hebat macam Abang Zailee.

Dari kekalahan tu, askar Perancis dan British (British Expeditionary Force) terpaksa berundur hingga ke pantai Dunkirk. Lepas tu British kena fikir macam mana nak bawa balik 400,000 askar tu ke England semula. Tengah-tengah laut tu Jerman tak berhenti menyerang. Di darat pulak askar Jerman sedap kepung. Semua terkandas.

Haa fikirlah macam mana nak bawak balik 400,000 tu. Empat ratus ribu. Bukan 400. Kalau 400, baik buat filem Bukit Kepong je. Mesti tak boleh fikirkan? Dan Jannapun tak tahu kan macam mana 400,000 askar tu berjaya dibawa balik akhirnya sebab Janna tidur tengah-tengah cerita. Besar sangat tidur Janna tu. Sebab tu Janna jadi bongok. Berlakonpun serupa kelkatu. Meliuk-liuk macam terencat akal.

Sini abang cakap. Peristiwa Dunkirk ni untuk tunjuk bahawa tentera dan masyarakat awam memerlukan antara satu sama lain. Ini sisi berbeza yang jarang ditunjukkan dalam filem perang.

Bayangkan macam ni. Patutnya askar yang tolong orang awam. Tapi dari peristiwa ni orang awam yang tolong askar. Hebatkan? Macam Abang Zailee sekaranglah, seorang angkasawan NASA yang cuba bantu artis macam Janna agar jadi bijak.

Mungkin yang sebabkan Janna bosan ialah babak pertarungan yang macam tu saja, visual yang bosan, ada 2,3 warna saja, extreme wide shot technique (yang diguna Chiu Keng Guan saja kat Malaysia ni), dialog minima, dan gaya penceritaan yang macam mengelirukan. Sebab memang Nolan macam tu. Itu namanya “show but don’t tell.” Itu bahasa filem paling tinggi.

Nolan tak perlu letak dua watak lepas tu suruh ucap dialog yang berbunyi, “Ahmad Rayyan Rayqal Daniel Fakhrul Bin Tan Sri Aziz. Mama tak nak Rayyan berkawan dengan gadis kampung tu lagi!” Bwerkkkk. Kembang tekak aku.

Banyak lagi Abang Zailee nak cakap ni. Tapi dalam review nanti sajalah Abang Zailee cakap. Post ni Abang Zailee buat sebab nak bagi Janna faham saja kenapa ramai orang cakap Janna bodoh serupa wombat.

Sepanjang tengok cerita tadi tak berhenti Abang Zailee zikir dalam hati “Janna bodoh, Janna bodoh” tau. Tak puas hati betul Abang Zailee. Geram saja nak pijak-pijak muka Janna tu serupa kereta kebal Rusia pijak kota Berlin.

Yalah, yalah. Jangan marah Abang Zailee. Abang Zailee tahu minat masing-masing dan citarasa masing-masing. Semua orang ada minat masing-masing, ada citarasa masing-masing.

Bezanya antara minat benda bijak dengan minat benda bodoh saja. Bezanya citarasa tinggi dengan citarasa rendah je. Macam tu.

Ok selamat tinggal, 

Yang mengenepikan kekasih sepertimu,

Abang Zailee of Moscow

-Bukan Cikgu Sejarah-

Difahamkan Zailee juga telah membuat permohonan maaf kepada Janna apabila ada pihak yang mengatakan penulisannya agak kasar sehingga "membodohkan" aktres tersebut.

sebab tu janna jadi bongok meliuk liuk macam terencat akal surat terbuka panas untuk janna nick terima lebih 1000 perkongsian 3

Kredit foto: Twitter Janna Nick




Hakcipta iluminasi.com (2017)