Kredit foto: Instagram Janna Nick
Gara-gara kerap berulang-alik ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Kedah, aktres Janna Nick didakwa ramai sedang mempunyai hubungan dengan salah seorang pemain pasukan tersebut.
Bagaimanapun ketika ditemui, Janna menafikan dakwaan yang tersebar.
Menurut Janna, pasukan Kedah adalah pasukan bola sepak kegemarannya, justeru dia sanggup 'turun stadium' jika ada perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut.
Kredit foto: Instagram Janna Nick
Saya ke stadium dengan niat untuk menonton perlawanan bola sepak sahaja kerana itu merupakan minat saya sejak dulu lagi. Itu tidak bererti saya sedang bercinta dengan pemain bola kerana perkara tersebut tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saya akan cuba elakkan untuk bercinta dengan mereka, lagi pun saya tidak tahu bagaimana sikap pemain bola, bukan apa saya tak nak suami saya sakit, penat dan sebagainya.
Sumber: Astro Gempak
Janna membuat kenyataan tersebut di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia tidak pernah menerima pelawaan daripada mana-mana pemain bola untuk berkenalan.
Kredit foto: Instagram Janna Nick
Tujuan saya ikhlas ke stadium untuk tengok bola dan tidak ada masa nak ‘hai-hai’ kepada mereka. Lagipun saya terus balik selepas perlawanan berakhir.
Sumber: Astro Gempak