Oleh pada 21 Aug 2017 kategori

Dalam dunia sains, ada kalanya penemuan produk atau formula baru itu adalah secara tidak sengaja. Itulah yang terjadi kepada seorang chef di Jepun. Dalam usaha memperkenalkan produk ais krim baru, sebuah syarikat telah cuba mencampurkan kandungan polyphenol yang terdapat pada buah strawberi dengan ais krim. Cecair polyphenol tersebut diekstrak dari buah-buah strawberi lama yang tidak lagi boleh dijual.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka dapati apabila bahan polyphenol ini dicampurkan, krim tersebut akan mengeras menjadi sebuah ais krim.

Penemuan ini telah dijumpai secara tidak sengaja di Biotherapy Development Research Center yang terletak di Kanazawa, Jepun. Ais krim baru yang diberi nama "Kanazawa Ice" ini tidak akan cair pada suhu bilik, menjadikannya lebih tahan lama di suhu bilik.

Mengikut Tomihisa Ota, pencipta ais krim ini, cecair ini mempunyai sifat yang menjadikan air dan minyak sukar untuk dipisahkan. Hal ini membolehkan ais krim tersebut boleh mengekalkan kandungan dan bentuknya dalam tempoh yang lebih lama dan sukar cair pada suhu bilik.

ais krim comel

Buat masa ini, ais krim ini hanya boleh didapati di Kanazawa dan akan diperkanalkan di Tokyo dan Osaka kelak. Tidak dapat dipastikan bila ais krim akan dipasarkan di Malaysia dan seluruh dunia.

Seorang wartawan bernama Asahi Shimbun telah berpeluang mencuba sendiri ais krim ini di Kanazawa di mana suhu pada ketika itu adalah 28 darjah Celcius. Beliau dapati, ais krim tersebut tidak cair dan masih kekal dalam bentuk asalnya.

Sementara itu, Presiden Biotherapy Development Research Center, Takashi Toyoda mendakwa sekiranya ais krim itu didedahkan pada suhu panas air dryer sekalipun, ianya tidak akan cair. Penemuan ini sangat menarik dan mungkin akan memudahkan ais krim untuk diimport dan eksport.

ais krim kanazawa

Walau bagaimanapun, sesetengah pengguna internet masih meragui ais krim Kanazawa ini dan menyatakan kerisauan mereka sama ada ais krim ini mendatangkan keburukan pada kesihatan. Sebahagian netizen berpendapat sifatnya yang tidak mudah cair pada suhu bilik menyukarkannya untuk dihadam oleh tubuh badan.

Kredit: Quartz




Hakcipta iluminasi.com (2017)