Oleh pada 25 Mar 2023 kategori

Telur bungkus merupakan sebuah menu kegemaran ramai yang keenakannya boleh diketahui dengan melihat kepada teksturnya yang kasar. Terdapat beberapa tips atau cara mudah untuk menghasilkan hidangan ini setanding dengan restoran kegemaran anda.

Resepi ini adalah untuk hidangan dua orang. Bahan-bahannya yang ringkas menggunakan sukatan secara anggaran sahaja.

Telur Bungkus

Bahan-bahan:

  • Daging cincang (anggaran 50-60 gram) - pemilik resepi guna daging kisar jenama Ramli
  • Kacang panjang (sebatang)
  • Lobak merah - 4 hiris dipotong dadu
  • Bawang besar/holand (separuh)
  • Bawang putih (seulas)
  • Telur (2 biji)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos makanan laut/tiram
  • Kicap manis/kicap cair - pemilik resepi menggunakan kicap jenama Kipas Udang (manis)
  • Cili kisar
  • Garam, gula dan perencah Maggi Cukup Rasa (secukupnya)

Nota: Untuk sos, 1 sudu makan semuanya.

bahan bahan telur bungkus

Cara-cara penyediaan bergambar:

cara membuat telur bungkus

  1. Tumis bawang. Kemudian, masukkan semua inti iaitu daging kisar, lobak merah dan kacang panjang.
  2. Semua sos tadi dicampur dengan 4-5 sudu makan air.
  3. Boleh letakkan garam, gula dan perencah Maggi Cukup Rasa.
  4. Masak sehingga pekat atau kering. Ketepikan.
  5. Pukul telur.
  6. Panaskan kuali (betul-betul panas). Api kecil. Minyak sedikit sahaja. Lengserkan. Telur tadi memenuhi seluruh kuali. Agak-agak muat untuk membaluti inti. Pegang telinga kuali untuk ratakan telur tadi.
  7. Bagi telur masak sedikit. Jangan terlalu kering.
  8. Letakkan inti di tengah-tengah.
  9. Tutup inti tadi.
  10. Siap balut.
  11. Untuk keluarkan dari kuali, telangkupkan piring. Kemudian, terbalikkan kuali perlahan-lahan.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Jam Liah [1, 2]

Sumber informasi: Adyana Q Nailanajla [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)