Oleh pada 25 Feb 2018 kategori

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana telur bistik yang sedap dan manis di kedai dibuat? Sebenarnya mudah sahaja cara membuatnya. Tapi makanan sesimple ini pun ramai yang malas untuk menyediakannya di rumah dan memesan makanan di kedai-kedai makan kan?

Telur bistik ini sebenarnya berasal dari Thailand. Ianya memang dah lama menjadi menu hidangan masyarakat Thailand tetapi ianya mula popular di Malaysia sejak tahun 90an. Jadi untuk tidak melengahkan masa lagi, mari saya ceritakan bagaimana membuat telur bistik ayam/daging yang sedap ini.

setiap hidangan anda perlu guna 3 biji telur ayam. Telur ayam kampung pun boleh. Kemudian masukkan perencah maggie secukup rasa dan pukul rata cairan telur anda. Goreng di dalam kuali seperti anda nak buat telur dadar biasa. 

Bahan Kuah Telur Bistik

  • bawang putih / bawang merah tumbuk kasar
  • hirisan ayam atau daging cincang
  • sayur campuran (mix vege)
  • sos cili kimball
  • sos tomato kimball
  • cili blender
  • garam sedikit
  • perencah maggie secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. tumis bawang putih dan merah biar tumisan menjadi warna kekuningan
  2. masukkan ayam dan cili blender gaul sekali dan masukkan sos tomato, sos cili sehingga pecah minyak
  3. masukkan sayur campur. Tambah sedikit air dan masukkan garam dan perencah maggie secukup rasa
  4. Kemudian letakkan ayam/daging berkuah anda ke atas telur dan balut secantik mungkin yang anda termampu
  5. rasanya  yang masam manis pasti amat menyelerakan

telur bistik daging dan ayam


Telur bistik versi lainnya (Ala-Thai)

Resepi Telur Bistik Ala Thai 

Bahan-bahan Resepi Telur Bistik Mudah Sedap :

  1. 2 atau 3 biji telur bergantung kepada chef yang nak masak. -Basuh telur ya takut ada 'khazanah ayam yang melekat')
  2. Isi ayam/daging/sosej di potong dadu - nak masuk semua ni pun tak apa atau nak pilih antara dua pun boleh.
  3. 1 ulas bawang besar (dihiris)
  4. 2 @ 3 ulas bawang putih (dihiris)
  5. 2 biji cili padi (potong kecil) -Jika suka pedas boleh tambah
  6. 3/4 batang lobak merah (nak letak Frozen mixed vegetables pun boleh)
  7. 3 sudu sos cili
  8. 2 sudu sos tomato
  9. 2 sudu sos tiram
  10. Sedikit lada benggala potong dadu(Jika tak ada tak apa)
  11. Sedikit minyak untuk menggoreng
  12. Gula dan Garam untuk rasa.

Cara-cara Penyediaan

  1. Mula-mula pecahkan telur dan kacau telur sehingga berbuih/cair.
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi. Bila dah masak angkat letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
  3. Selapas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  4. Masukkan lobak merah/Frozen mixed vegetables, cili padi, lada benggala dan ayam/daging/sosej. Tunggu sehingga masak.
  5. Setelah itu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
  6. Bila dah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi.
  7. Tadaa... Dah siap dan bolehlah di makan panas-panas bersama hidangan lain atau dengan nasi putih sahaja. Mesti rasa macam kat hotel 5 bintang. Sedap tu.nyam-nyam.

telur bistik ala thai




Hakcipta iluminasi.com (2017)