Oleh pada 16 Jan 2019 kategori

Spaghetti aglio e olio merupakan sebuah hidangan tradisional pasta Itali dari Naples. Ia bermaksud "spaghetti dengan bawang putih dan minyak" dalam bahasa Itali.

Hidangan ini dibuat dengan bawang putih yang dihiris, dicincang atau di'tekan' dalam minyak zaitun, ditumis secara ringan. Kadangkala, flakes cili kering (dalam hal ini namanya ialah spaghetti aglio, olio e peperoncino) turut ditambah dan ditaburkan (tossing) dengan spaghetti.

Parsley yang dicincang halus juga boleh ditambah sebagai hiasan, bersama dengan keju parmesan atau pecorino yang diparut. Bagaimanapun, menurut beberapa resipi tradisional, keju tidak boleh ditambah.

Ramai penduduk Itali-Amerika dari New York merujuk kepada hidangan ini sebagai alla-ul kerana pengaruh sebutan Itali Selatan di kawasan tersebut.

Ia juga merupakan variasi hidangan asal, Spaghetti alle vongole.

Spaghetti Aglio Olio

Kredit foto: Haniffitriza Hamid (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-Bahan:

  • Spaghetti (direbus sehingga masak)
  • Udang (lebih banyak lebih sedap)
  • Ceri tomato
  • Italian parsley
  • Bawang putih (1 labu)
  • Cili kering (4-5)
  • Keju Parmesan (Parmesan cheese)
  • Cili flakes
  • Minyak zaitun (olive oil)

Cara penyediaan:

1. Mula-mula, rebus spaghetti sehingga masak. Ketepikan.

2. Dalam kuali, tuang sedikit minyak zaitun.

3. Kemudian, goreng bawang putih yang dicincang halus.

4. Masukkan cili kering.

5. Kemudian, masukkan bahan rahsia iaitu kepala udang.

6. Goreng lagi hingga garing. 

7. Masukkan spaghetti. Gaul rata. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.

8. Seterusnya, masukkan udang, tomato dan parsley. Gaul lagi.

9. Jika mahu pedas, tambahkan cili flakes.

10. Tambah garam dan sebuah lagi bahan rahsia iaitu parmesan cheese. Sedap berlemak.

11. Siap dan boleh dihidang panas-panas.

Nota:

➡ Cili kering dipotong panjang-panjang sahaja iaitu lebih kurang 4cm. Jangan kisar.

➡ Garam boleh digantikan dengan chicken stock.

Resepi Bonus: Spaghetti Pedas Berasap Ala Kampung

spaghetti pedas berasap ala kampung

Bahan rebus:

  • Angel hair (100 batang) - jika makan banyak, boleh letak lebih

Nota: Gambar di atas bukan angel hair kerana pemilik resepi kehabisannya.

  • Koktel ayam (chicken cocktail) / sosej (6 batang)

Bahan tumis:

  • Minyak zaitun (2 sudu besar) - guna minyak masak biasa pun tidak mengapa
  • Bawang merah saiz kecil (1 ulas) - dicincang halus, hanya untuk naikkan bau
  • Bawang putih (2 ulas) - dicincang halus
  • Halia besar saiz ibu jari (1 ketul) - dicincang halus
  • Cili padi/burung/melaka (6 batang) - jika tidak suka pedas berasap, boleh kurangkan

Bahan lain:

  • Sos pasta (1 tin) - jika tidak suka kuah banyak, boleh kurangkan
  • Daging lembu/ayam cincang (minced beef/chicken) (1 genggam)
  • Sayur campuran (mixed vegetable) - tiada dalam gambar
  • Lada hitam
  • Lada sulah

Cara memasak:

1. Rebus sahaja spaghetti dan sosej/koktel tersebut sekali. Apabila sosej sudah timbul atas permukaan air, angkat sosej dahulu dan hiriskan (jangan terlalu nipis).

Nota: Jangan lupa toskan spaghetti tersebut jika sudah masak.

2. Mula menumis semua bahan tumis. Agak sehingga bau telah mencucuk-cucuk hidung anda, masukkan daging kisar dahulu.

3. Api jangan kuat. Gaul dengan bawang tersebut sehingga daging bertukar warna coklat sedikit. Kemudian, masukkan sosej/koktel dan mixed vegetable tadi.

4. Masukkan sos pasta dan kacau seketika sehingga daging dan bahan-bahan lain bersatu.

5. Tuang sedikit lada hitam dan lada sulah. Kacau dan tutup api.

Nota: Resepi ini ciptaan pemilik resepi sendiri iaitu masakan ala kampung. Oleh itu, jangan bandingkan dengan menu restoran Italiannies. Hidangan ini adalah untuk dua orang.

Sumber:

1. Sya Shamsuddin [1, 2]

2. Ekin Ahmad [1, 2]

3. Wikipedia [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)