Oleh pada 19 Feb 2017 kategori

Nasi Berlauk ala Kak Wok sememangnya sudah lama dikenali di Kelantan. Harganya yang murah dan rasa yang sedap pasti menambat selera sesiapa sahaja yang makan. Sejak diperkenalkan di Kuala Lumpur, semakin ramai peniaga yang menjual menu yang sama walaupun bukan di bawah jenama Kak Wok. Ada yang sedap, ada yang tidak berapa menjadi.

Walau bagaimanapun, nasi berlauk Kak Wok yang original tetap maintain sedap!

Berikut kami kongsikan resepi nasi berlauk ala kak Wok yang berasal dari Kelantan untuk anda cuba sendiri di rumah.

nasi kak wok sedap 757

gulai ayam resepi nasi kak wok

Gulai Ayam

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 kotak santan 200ml (jenama Kara)
  • 2 kiub pati ayam Knorr
  • Air perahan asam jawa
  • Air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumisan

  • 1 labu bawang besar, dihiris nipis
  • 1 inci halia, diracik halus
  • 4 pelepah daun kari
  • 3 bunga lawang
  • 1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih

Bahan dijadikan pes rempah (dibancuh dengan sedikit air)

  • 4 sudu besar serbuk kari ayam
  • 4 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk rempah briyani

Cara Penyediaan

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga berbau harum.

Setelah naik bau wangi, masukkan pes rempah. Goreng sehingga garing dan terbit minyak.

Masukkan ayam dan gaul sebati.

Setelah ayam agak masak, masukkan santan. Boleh ditambah secawan air untuk kuah. (Jika suka kuah sedikit cair, boleh lebihkan air)

Tambah perahan air asam jawa dan kiub pati ayam Knorr.

Rasa gulai dan tambah garam atau gula mengikut citarasa.

Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga pecah minyak. Tutup api.

lauk ayam goreng kunyit nasi kak wok gulai ayam resepi mudah

ayam kunyit berempak nasi kak wok

Ayam goreng kunyit

  • 1/2 ekor ayam, dipotong kecil-kecil
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu serbuk pati ayam Knorr
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan kacang panjang, dipoton2 satu inci
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

Gaul ayam dengan garam, serbuk pati ayam dan serbuk kunyit. Perapkan selama 15 minit.

Goreng ayam sehingga kuning keemasan.

Setelah ayam garing, angkat ayam, tos minyak dan ketepikan.

Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.

Masukkan kacang panjang dan goreng seketika sehingga masak (tetapi masih mengekalkan kerangupan).

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

Siap dan bolehlah dihidangkan.

sambal kak wok resepi mudah

Bahan-bahan sambal / air berlada

- Cili hidup

- Cili api

- Cuka masakan

- Garam dan gula secukup rasa

resepi nasi kak wok sambal asam

Cara penyediaan

Kisar semua bahan menggunakan blender (boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu)

Hidangkan dengan nasi putih panas-panas. Memang power!




Hakcipta iluminasi.com (2017)