Oleh pada 26 Feb 2020 kategori

Sotong kerabu telur masin merupakan sebuah hidangan istimewa yang mudah untuk disediakan. Menu ini akan bertambah enak jika dinikmati ketika masih panas.

Sotong bersaiz besar senang untuk 'disumbat' dalam kuantiti yang banyak. Pemilik resepi tidak gemar celup telur dan letak tepung kerana sukar untuk menggoreng minyak berbuih.

Sotong Kerabu Telur Masin (Versi 1)

Bahan-bahan kerabu telur masin :

  • Telur masin (2 biji) - direbus sejukkan
  • Bawang besar (2 biji) - dicincang
  • Tomato (1 biji)
  • Daun bawang 
  • Cili padi - jika mahu pedas, boleh lebihkan
  • Jus perahan limau
  • Kicap sotong - pemilik resepi tidak letak kerana tiada bahan ini

Gaulkan semua.

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan sotong tanpa membuang kepala. 
  2. Sumbat kerabu dalam perut sotong dan tekan sehingga padat. Masuk kepala sotong dan cucuk dengan lidi. 
  3. Boleh lumur badan sotong menggunakan tepung rangup Bestari. Sedia untuk digoreng.

Nota: Untuk gambaran lebih jelas, rujuk video disini.

sotong kerabu telur masin

Sotong Kerabu Telur Masin (Versi 2)

sotong sumbat kerabu telur masin

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Daun bawang - dihiris
  • Daun sup - dihiris
  • Daun ketumbar - dihiris
  • Bawang - dihiris
  • Cili padi/lada besar - dihiris
  • Perahan limau nipis (1 biji)
  • Isi telur masin rebus - dipotong dadu
  • Tepung Bestari

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul daun bawang, daun sup, daun ketumbar, bawang dan cili padi atau lada besar.
  2. Masukkan telur masin yang telah direbus (buang kulit telur). Perah limau nipis. 
  3. Sumbat dalam sotong dan kepit dengan lidi. Gaulkan dalam tepung Bestari. 
  4. Goreng menggunakan api sederhana. Selepas masak, potong bulat-bulat.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni. 

Kredit resepi:

1. Syafinas Abu Bakar [12]

2. RoSe Md Zin [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)