Oleh pada 13 Jun 2019 kategori

Terdapat cara yang betul untuk memasak siakap stim limau ala Thai supaya tidak pahit dan menjadikan rasanya lebih enak serta juicy.

Sebenarnya, rasa pahit tersebut terhasil dari kulit limau nipis disebabkan terdapat mereka yang stim ikan dimasukkan sekali dengan limau.

Teknik tersebut salah sebenarnya dan cara yang betul ialah ambil jusnya sahaja manakala kulit dibuang terus.

Selain itu, pemilik resepi masak asing kuahnya dengan ikan untuk lebih rasa sedap dan juicy ikan.

Ini kerana jika anda kukus sekaligus semua, ikan akan kurang rasa juicynya.

 

Siakap Stim Limau Ala Thai

 

 

Bahan-bahan untuk ikan: 

  • Ikan siakap (1 ekor)
  • Garam (1 sudu teh)
  • Bawang putih (3 ulas)

 

Cara-cara penyediaan: 

1. Basuh bersih-bersih ikan dan pastikan tiada darah yang ada di celah-celah tulang.

Tips: Antara cara untuk hilangkan hanyir bagi ikan frozen adalah rendam dengan perahan limau kasturi ataupun tepung gandum selama 30 minit. Namun, pemilik resepi beli ikan yang segar, jadi beliau tidak buat.

2. Tumbuk bawang putih dan garam. Kemudian, lumur pada ikan (perap selama 15 minit). 

3. Bungkus ikan dengan aluminium foil dan cucuk dengan lidi bahagian atas. Kukus selama 20 minit atau sehingga ikan masak.

Nota: Buang air ikan ketika mengukus.

 

Untuk kuah stim limau: 

  • Air (1/3 cawan)
  • Air perahan limau nipis (2 biji)
  • Serai (2 batang) - dihiris nipis
  • Bawang holland (1/2 biji)
  • Cili padi (5-6 biji) - dihiris
  • Pokok akar ketumbar (1)
  • Sos ikan
  • Serbuk perisa (jika suka)

 

Cara-cara membuat: 

1. Panaskan dalam kuali semua bahan kecuali cili, sos ikan, perasa dan akar ketumbar sehingga mendidih. Kemudian, baru masukkan akar ketumbar (ketuk) dan bahan-bahan lain.

2. Curah ia atas ikan yang siap dikukus tadi ketika kuah masih mendidih dan boleh siap dihidang.

siakap stim limau ala thai 1  

Kredit foto: Ummi Zainab Hamzah (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

siakap stim limau ala thai 2  

Kredit foto: El El Zahraa‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

siakap stim limau ala thai 3

Kredit foto: Che Nor Fatihah‎‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

 

Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)