Kuih keria atau nama lainnya iaitu cucur keria adalah sebuah hidangan Melayu tradisi yang menggunakan ubi keledek, gula dan tepung sebagai bahan utama. Ia lazimnya dihidangkan ketika minum petang dan majlis.
Untuk menghasilkan kuih keria yang enak, anda perlu menggunakan tepung gandum secukupnya sahaja. Jika terlebih tepung gandum, kuih keria anda nanti akan menjadi agak keras dan tidak enak.
Ingat, gula yang disira pada kuih keria boleh menjadi cair dan belengas. Untuk mengelakkannya, masukkan sedikit tepung gandum ketika proses menyira.
Kuih Keria
Bahan-bahan untuk kulit:
- Keledek (1/2 kg)
- Garam (1 sudu kecil)
- Tepung gandum (1 cawan)
- Tepung beras (1/2 cawan)
- Serbuk penaik (1 sudu kecil)
- Gula kabung - dikikis halus
- Gula perang (1-2 sudu besar)
- Air - untuk larutkan gula
Cara-cara penyediaan:
- Rebus keledek bersama garam. Tos dan lenyekkan ketika masih panas.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jika masih lembik, tambahkan tepung beras sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan. Ketepikan.
- Uli doh membentuk bulat atau kuih keria dan goeng sehingga bertukar warna keperangan.
- Satukan air dan gula. Masak sehingga mendidih dan betul-betul likat.
- Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi, gaul rata dan terus tutup api.
- Keluarkan kuih keria dari kuali dan biarkan seketika. Gula akan mengeras sendiri. Kemudian, siap untuk dihidang.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Sumber: